Pages

Monday, July 29, 2013

4 - Rai Kebaikan

Assalamualaikum,


sudah masuk fasa ketiga bulan Ramadhan which is the most challenging phase. why? because this is the actual moment to see if your istiqamah works or not. this is the phase where only you can determine whether Ramadhan has significant impact on you or not from the very first day. semangat awal Ramadhan is typically normal. but the important checkpoint is bila Ramadhan dah nak 'pergi', ibadat kita makin bertambah/istiqamah atau sebaliknya. what is your feeling right now?

Ramadhan adalah bulan yang offer peluang paling awesome sebab syaitan tak ada. aman. yang ada cuma nafsu. so, the battle to establish stronger relationship dengan Allah is much less obstacles (sepatutnya) than the other 11 months. time Ramadhan la time battle between nafsu and iman. you can evaluate 'temperature' Iman macam mana. kalau people just buat ibadat ikut adat atas sebab dia masih belum faham apa itu Ramadhan, it's ok. still dia buat. kefahaman and penghayatan will come later bi iznillah (dengan izin Allah). bagi aku, biarpun mungkin time Ramadhan je la dia tiba-tiba rajin nak tarawikh even solat 5 waktu tunggang-terbalik, atau time Ramadhan ni baru nak jinak-jinak solat 5 waktu, at least bulan Ramadhan dia buat perkara yang lebih baik dari bulan-bulan yang lepas which tak solat langsung. 

kalau kita nampak kawan kita yang kita rasa "bulan Ramadhan baru gelabah nak buat ibadat", it is better and lebih afdhal kita doakan agar itu akan jadi starter untuk dia jadi lagi better. memang itu tujuan Ramadhan datang. untuk cuci hati dan refresh balik diri. untuk bina balik semangat dan motivasi untuk lebih dekat dengan Allah. kita ni, gemar mengukur ibadat orang lain berbanding diri sendiri. selalu sangat pandang negatif apa yang orang buat.  terlalu susah untuk kita nak raikan sedikit kebaikan yang orang lain buat.

i made the same mistakes as well during moment "tak tahu". but by the time, Allah bagi pengajaran and kita kena faham, role kita sebagai saudara seagama dan khalifah is untuk galakkan segala jenis kebaikan and cuba untuk jauhkan segala keburukan. in this context, raikan kebaikan untuk create more kebaikan. secara tak langsung, kita dapat kecilkan skala kejahatan dan keburukan.

Raikan kebaikan orang lain. semoga dengan kebaikan kecil yang diraikan, akan mengalir menjadi kebaikan yang lebih besar. dari solat tarawikh sebab nak nampakkan muka dimasjid/surau, ditambah dengan sikap positif orang sekeliling, mana tahu lama-lama rasa  nak berjinak nak solat fardhu dimasjid pula atau rasa nak mula solat awal waktu bila azan masuk. 

contoh mudah, sebagai pekerja di pejabat atau di mana-mana, semua orang dambakan penghargaan. tak kira kerja kecil atau besar. semua nak dihargai. penghargaan dari segi pengiktirafan, dapat buat bos puas hati, atau paling paling pun, kalau salah buat kerja, bos kata tak apa dan dia bagi teguran, guidance untuk betulkan kerja kita. bos puji kerja kita lalu dia beri peluang dan galakan dalam manner yang positif. siapa tak suka kan? cuba kalau kena maki, terus rasa demotivate lepas tu mula menyumpah seranah belakang bos. buat kerja pun terpaksa. kualiti kerja, menurun. itu yang kita selalu buat. memperkecilkan kebaikan yang dibuat atas sebab dia tak buat kebaikan yang kita rasa lagi besar. silap-silap, dari sikap kita, terus dia berpaling tak nak buat ibadat dah. sebab dia rasa sia-sia.

so, the same thing kita kena tolong saudara seagama kita. mungkin kita nampak dia teruk sebab tak pernah nampak dia solat. but, Allah je tahu betapa dia struggle nak hafal surah sebab dia fikir macam mana dia nak solat kalau surah tak hafal? nak baca apa dalam solat? kita tak tahu apa ada dalam hati manusia. jangan keji orang kerana dosa yang dia buat. kita cuma boleh benci dalam hati akan dosa tersebut. kita sendiri pun ada dosa tersendiri. maka, yang lebih prioriti adalah meraikan kebaikan dan menggalakkan kebaikan. kalau asyik nak hambur "kau ni, puasa bukan main, solat tak jugak, lebih baik tak payah puasa. sia-sia ja" kita macam tabur racun nak bagi benih yang dah bertunas, mati tak sempat nak jadi pohon pun . tak pasal-pasal ada orang nak buat kerja Tuhan dalam masa-masa macam ni.

mana tahu, dalam dia berpuasa tu, Allah ilhamkan dalam hati dia untuk cuba-cuba solat pula. kalau kita tak guna privilege doa dari saudara ke saudara, kita pun rugi. 


mungkin ramai dah tengok video saudara Matluthfi yang ini. peringatan berkala, adalah lebih baik.




semoga semua mempunyai hati yang kuat untuk hidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. kalau awal kita tak pergi tarawikh, atau kurang baca Quran, tak pernah qiyammullail, mungkin this is the golden time yang Allah mungkin akan bagi ganjaran berkepuk-kepuk dan seterusnya mungkin ini titik perubahan epic kita towards jadi hamba Allah yang lebih baik. insyaAllah.

kata sahabat, letak Allah dalam hati, purpose hidup akan lebih jelas insyaAllah. fikirkan Allah yang Maha Penyayang, Dia terima segala kebaikan walau hanya dengan bersangka baik. start any little good deed, insyaAllah it will be a golden seed yang akan tumbuh menjadi pohon rimbun buat tempat berteduh, dan menghasilkan buah yang enak untuk dinikmati makhluk yang singgah. insyaAllah. janji Allah itu pasti. (^_^)


yang baik dari Allah.


Wassalam.

p/s: doa is the only magic we have~


No comments:

Post a Comment