Pages

Monday, July 29, 2013

5 - A Muslim

Assalamualaikum,

photo credited to Pure Matrimony.






Wassalam.


4 - Rai Kebaikan

Assalamualaikum,


sudah masuk fasa ketiga bulan Ramadhan which is the most challenging phase. why? because this is the actual moment to see if your istiqamah works or not. this is the phase where only you can determine whether Ramadhan has significant impact on you or not from the very first day. semangat awal Ramadhan is typically normal. but the important checkpoint is bila Ramadhan dah nak 'pergi', ibadat kita makin bertambah/istiqamah atau sebaliknya. what is your feeling right now?

Ramadhan adalah bulan yang offer peluang paling awesome sebab syaitan tak ada. aman. yang ada cuma nafsu. so, the battle to establish stronger relationship dengan Allah is much less obstacles (sepatutnya) than the other 11 months. time Ramadhan la time battle between nafsu and iman. you can evaluate 'temperature' Iman macam mana. kalau people just buat ibadat ikut adat atas sebab dia masih belum faham apa itu Ramadhan, it's ok. still dia buat. kefahaman and penghayatan will come later bi iznillah (dengan izin Allah). bagi aku, biarpun mungkin time Ramadhan je la dia tiba-tiba rajin nak tarawikh even solat 5 waktu tunggang-terbalik, atau time Ramadhan ni baru nak jinak-jinak solat 5 waktu, at least bulan Ramadhan dia buat perkara yang lebih baik dari bulan-bulan yang lepas which tak solat langsung. 

kalau kita nampak kawan kita yang kita rasa "bulan Ramadhan baru gelabah nak buat ibadat", it is better and lebih afdhal kita doakan agar itu akan jadi starter untuk dia jadi lagi better. memang itu tujuan Ramadhan datang. untuk cuci hati dan refresh balik diri. untuk bina balik semangat dan motivasi untuk lebih dekat dengan Allah. kita ni, gemar mengukur ibadat orang lain berbanding diri sendiri. selalu sangat pandang negatif apa yang orang buat.  terlalu susah untuk kita nak raikan sedikit kebaikan yang orang lain buat.

i made the same mistakes as well during moment "tak tahu". but by the time, Allah bagi pengajaran and kita kena faham, role kita sebagai saudara seagama dan khalifah is untuk galakkan segala jenis kebaikan and cuba untuk jauhkan segala keburukan. in this context, raikan kebaikan untuk create more kebaikan. secara tak langsung, kita dapat kecilkan skala kejahatan dan keburukan.

Raikan kebaikan orang lain. semoga dengan kebaikan kecil yang diraikan, akan mengalir menjadi kebaikan yang lebih besar. dari solat tarawikh sebab nak nampakkan muka dimasjid/surau, ditambah dengan sikap positif orang sekeliling, mana tahu lama-lama rasa  nak berjinak nak solat fardhu dimasjid pula atau rasa nak mula solat awal waktu bila azan masuk. 

contoh mudah, sebagai pekerja di pejabat atau di mana-mana, semua orang dambakan penghargaan. tak kira kerja kecil atau besar. semua nak dihargai. penghargaan dari segi pengiktirafan, dapat buat bos puas hati, atau paling paling pun, kalau salah buat kerja, bos kata tak apa dan dia bagi teguran, guidance untuk betulkan kerja kita. bos puji kerja kita lalu dia beri peluang dan galakan dalam manner yang positif. siapa tak suka kan? cuba kalau kena maki, terus rasa demotivate lepas tu mula menyumpah seranah belakang bos. buat kerja pun terpaksa. kualiti kerja, menurun. itu yang kita selalu buat. memperkecilkan kebaikan yang dibuat atas sebab dia tak buat kebaikan yang kita rasa lagi besar. silap-silap, dari sikap kita, terus dia berpaling tak nak buat ibadat dah. sebab dia rasa sia-sia.

so, the same thing kita kena tolong saudara seagama kita. mungkin kita nampak dia teruk sebab tak pernah nampak dia solat. but, Allah je tahu betapa dia struggle nak hafal surah sebab dia fikir macam mana dia nak solat kalau surah tak hafal? nak baca apa dalam solat? kita tak tahu apa ada dalam hati manusia. jangan keji orang kerana dosa yang dia buat. kita cuma boleh benci dalam hati akan dosa tersebut. kita sendiri pun ada dosa tersendiri. maka, yang lebih prioriti adalah meraikan kebaikan dan menggalakkan kebaikan. kalau asyik nak hambur "kau ni, puasa bukan main, solat tak jugak, lebih baik tak payah puasa. sia-sia ja" kita macam tabur racun nak bagi benih yang dah bertunas, mati tak sempat nak jadi pohon pun . tak pasal-pasal ada orang nak buat kerja Tuhan dalam masa-masa macam ni.

mana tahu, dalam dia berpuasa tu, Allah ilhamkan dalam hati dia untuk cuba-cuba solat pula. kalau kita tak guna privilege doa dari saudara ke saudara, kita pun rugi. 


mungkin ramai dah tengok video saudara Matluthfi yang ini. peringatan berkala, adalah lebih baik.




semoga semua mempunyai hati yang kuat untuk hidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. kalau awal kita tak pergi tarawikh, atau kurang baca Quran, tak pernah qiyammullail, mungkin this is the golden time yang Allah mungkin akan bagi ganjaran berkepuk-kepuk dan seterusnya mungkin ini titik perubahan epic kita towards jadi hamba Allah yang lebih baik. insyaAllah.

kata sahabat, letak Allah dalam hati, purpose hidup akan lebih jelas insyaAllah. fikirkan Allah yang Maha Penyayang, Dia terima segala kebaikan walau hanya dengan bersangka baik. start any little good deed, insyaAllah it will be a golden seed yang akan tumbuh menjadi pohon rimbun buat tempat berteduh, dan menghasilkan buah yang enak untuk dinikmati makhluk yang singgah. insyaAllah. janji Allah itu pasti. (^_^)


yang baik dari Allah.


Wassalam.

p/s: doa is the only magic we have~


Sunday, July 28, 2013

3 - Master

Assalamualaikum,


banyak betul masa spent untuk download journal. bila nak baca entah. rasa seronok download journal. bila tak dapat download, stress kejap. lepas tu, seronok balik. tengok tengok, 3 jam berlalu. download journal + merayau di laman media sosial.

memandangkan aku hanya manusia biasa, jadi aku rasa nak meluahkan sedikit sebanyak dalam bentuk perkongsian. jadi, ini bukanlah aduan. huhu.

aku sekarang tengah sambung master. buat master, tak senang. sungguh tak senang macam mula-mula aku fikir dulu dengan sangat positifnya. lama-lama, kepahitan makin terasa bila masuk semester kedua. dari aku yang tak pernahnya buat research, cari journal pun blank tak tahu apa dulu, nak tulis proposal pun rasa macam apa benda la, sampailah sekarang, banyak benda aku tahu dan makin banyak lagi yang aku tak tahu.

tak dinafikan, aku ada kelemahan bab membaca. dari sekolah, aku memang tak suka baca buku akademik yang aku tak minat termasuklah Sejarah. aku cuma suka baca buku BM, Sains dan yang menarik fikiran aku untuk berfikir. akibat dari tak suka baca benda yang aku tak minat, atas dasar terpaksa, memang aku paksa baca. even untuk master, aku ajar diri sendiri untuk bermanja dengan membaca (hal akademik). bukannya aku tak suka master ni. aku suka bila jumpa research yang menarik. aku discovered banyak isu. tapi well, we tend to be prejudice on things yang kita tak tahu kan. so, masalahnya, aku terus negatif bila terjumpa halangan, cabaran dan tekanan membuak-buak. antaranya, nak cari journal pun alangkah blurr sampai kena marah dengan lecturer awal-awal sem lepas. bila kita masuk uni sebagai student master, memang standard lecturers meletakkan persepsi yang kita dah tahu segala benda berkaitan skill research dan sebagainya sebab itu basic. tapi, untuk aku, itu.....adalah......alien ok!..yes..alien. boleh aku tak tahu journal tu apa, article tu macam mana, nak cari tang mananya. sedih jugalah bila tak tahu, tetapi dikata malas. padahal, berusaha gigih dah ni. (berusaha fikir tapi tak jumpa jalan). library ada provide bengkel cara buat research. aku tak tahu kenapa aku asyik terlupa nak pergi. last-last, aku belajar manually dengan best friend. dia punya duduk jauh kat oversea sana pun boleh tolong aku sampai aku reti, celik dan jelas nyata jalan nak cari journal. alhamdulillah! Allah bless him.

dan, siapalah tak malu bila dimalukan dalam kelas bila kau tak reti nak beza journal article. tapi tak apa. cabaran itu worth it sebab lepas diajar oleh best friend sampai aku faham, aku jumpa bahan yang sepatutnya dan aku berjaya buat lecturer faham yang aku bukan malas. lecturer puas hati. untuk paper tersebut, alhamdulillah result ok. \(^_^)/

dan sekarang, sudah pun habis semester kedua. bulan 9 ni masuk semester ketiga. dan aku tak present proposal lagi. atas masalah membaca lepas tu pening sorang-sorang. kadang-kadang geram dengan diri sendiri kenapalah aku macam susah nak baca yang terus faham. Tuhan je yang tahu betapa azabnya nak buat proposal seketoi ni. dari tajuk lain, tukar tajuk lain. lepas tu berapa kali tukar dan sampai sekarang, tajuk pun tak determine betul-betul lagi. dengan takdir Allah, aku dapat supervisor yang super strict. tambahan pula, beliau bahagian journalism. which, kalau kau nak tipu sana sini dalam penulisan, konon-konon nak goreng garing garing ke (padahal kau still confuse dengan apa yang kau baca), surely kau akan kantoi dan akhirnya objektif kajian semua jadi bersepah balik. aku lalui proses yang sama berulang kali yang makin lama makin dahsyat sampai bertembung dengan rasa sungguh tak ada passion dah. sampai aku fikir, kenapalah aku buat master ni. moment buntu tu ada jugak lah dalam beberapa minggu. menangis? aku dah pecah rekod degree. dulu mana aku nangis nangis pasal belajar sangat. sekarang, aku rasa master dah sinonim dengan tangisan. aku gelar, tangga kekuatan. ceywah!

tapi, lama-lama, lepas consult dengan kawan-kawan, bonda, dan best friend, give up itu bukan solution at all. it's all about building your faith in Allah and building tawakal (perasaan berserah) to Allah. tarbiyah paling hebat setakat ni untuk aku dalam tahun ni. orang lain punya perjalanan master mungkin tak sedahsyat aku dan maka dengan itu, aku tak boleh compare. kalau aku compare, aku akan buta motif Allah letak aku kat sini.

jadi, the key to find the answers is through strengthening your relationship with Allah. dari yang selalu lupa berzikir, jadi terbiasa zikir. dari  jarang buat qiyam, dah at least seminggu sekali. dari doa dulu asyik berangan, sekarang belajar khusyuk dalam berdoa dan solat. and niat kehidupan, kena betulkan. 

hidup untuk apa, untuk siapa.

memang sangat teramat sakit buat master ni untuk orang yang baca slow macam aku. kalau ada 50 journals pun, dalam 1 journal tu, 1 perenggan pun aku ulang dekat 10 kali baru nak faham. well, english aku memang tak cemerlang sangat. dulu, degree bidang design. sekarang master, communication. dulu kerja melukis. sekarang kerja membaca.

ok dah kot. 

jadi, kesimpulannya yang nak disimpulkan disini adalah, apa pun kita buat dengan tulang empat kerat, dengan otak dan akal, dengan nyawa dan nafas, dan segala deria yang kita PINJAM ni, semua adalah perjalanan menuju Allah. kau nak berjaya sebab kau nak dapat pengiktirafan manusia semata, itu adalah kesilapan. kau macam tengah bina jambatan ke akhirat. kalau aim setakat dunia, macam mana akhirat? 

hidup adalah tarbiyah (pendidikan). dunia ni sekolah. kita hamba Allah adalah pelajar. dan elemen paling penting yang ramai kita-kita terlupa, ialah bersyukur. dapat belajar, bersyukur. dapat mandi, bersyukur. dapat celik mata, syukur. sihat, syukur. dapat makan, syukur. order makanan, tapi tak sedap, syukur sebab still dapat makan. duit kena telan atm, nak kena tunggu dua minggu baru dapat, syukur sebab Allah nak didik sabar.

banyak lagi sebenarnya. kalau free, duduklah sekejap, fikir segala nikmat Allah bagi. hati-hati bila merungut atau komplen sebab secara tak sedar, kita komplen pada Pemberi ujian tu sendiri. yakni Pemberi nikmat juga.

dalam Surah Ibrahim ayat 7, Allah cuma nak kita bersyukur saja maka akan Dia tambahkan lagi nikmat berlipat ganda. jadi, bersyukur dan yakin. cuba tahan diri dari komplen. tahan je. tahan. lepas tu, hilang. insyaAllah. kita ada Tuhan. kalau susah, mintalah tolong Dia. bila senang, bersyukurlah. well, aku sendiri pun dalam proses latihan sebab aku ni pun ringan mulut nak komplen. manusia buat salah. bila terbabas, istighfar banyak-banyak. lepas tu, cuba lagi untuk tak commit salah yang sama. boleh punya. make doa for yourself to be better. Allah will grant your wish.


insyaAllah nanti aku kongsi tips bersyukur.


isi penting : yakin dengan Allah.


Wassalam.

p/s: kalaulah membaca journal semudah menulis blog~


Saturday, July 27, 2013

2 - Blog Baru

Assalamualaikum,


dah berjuta kali perasaan nak tukar blog timbul. tapi bila fikir, kalau tukar and buat blog baru, nak tulis apa? 



well, disebabkan tak dapat cari alasan nak tulis apa (due to dah tua mungkin passion menulis pun makin uzur =P ), so, alasan utama adalah, bertukar suasana baru. perasaan dia serupa dengan tukar cadar katil dan sarung bantal. atau mungkin tukar langsir rumah. or boleh juga nak dikatakan 'renovate' sebab berwajah baru. dari dinding kayu, pakai dinding batu-bata. dari atap rumbia kepada atap asbestos. (kemain atap rumbia). walaupun hampir 900 entries dalam blog yang lepas, tapi, rasanya banyak yang dah tak relevan untuk dibaca sebab kebanyakannya entry yang bersifat menuju kematangan which banyak ejaan yang annoying, cerita yang mengarut dan sebagainya. jadi, tukar blog baru ni umpama kata orang, "semoga hari ni lebih baik dari semalam". walaupun sekarang ni belum matang sangat, but at least, segala benda yang tak matang, dah pun dikuburkan. sendiri pun dah tak rasa nak baca sangat. jadi, terbitlah blog baru ni bagi menimbulkan semangat baru demi mengalu-alukan kedatangan sifat matang yang baru untuk dimanfaatkan. harap-harapnyalah. ameen~


tak ada plan untuk tulis apa dalam blog ni. for the time being, memandangkan sedang melalui proses menyambung pelajaran, mungkin blog ni boleh jadi ruang memuntahkan segala input yang terkumpul dari kehidupan seharian sebagai insan yang sedang serabai memenuhi segala komitmen yang menggunung dibahu. yes, i really need this space this time. tapi, orang kata, lebih afdhal menulis proposal thesis dari menulis benda lain. at least bergerak kerja. but, aku kata, tak apa. bila aku tulis blog, lama-lama akan timbul rasa bersalah sebab procrastinate kerja proposal lepas tu aku mesti akan berhenti dan buat proposal atas rasa bersalah. 

adakah maknanya, aku buat blog baru ni untuk timbulkan rasa bersalah maka dengan itu, aku akan menimbulkan alasan kukuh untuk aku lebih produktif buat proposal?


boleh pakai. at least, ada catalyst baru untuk bagi semangat buat proposal. 

jadi, bila nak rasa bersalah ni masalahnya?


tengok jam dah 4.23am. dan perasaan mengantuk lagi dahsyat dari rasa bersalah sebanyak 95%. maka, lebih baiklah tidur. semoga tidur ini menjadi ibadah. Subuh kita bangun sambung baca journal. ameen~



siap entry kedua. proposal juga yang tak kemana.

Wassalam.

p/s: semoga lepas  bangun tidur ni akan jadi lebih rajin. ameen~


Friday, July 26, 2013

1 - First Again

Assalamualaikum,

yeahouu! it's new...again. finally.


ok. dah rasmi.

ada mood, kita tulis.

Wassalam.

p/s: tukar itu fresh~