Pages

Wednesday, December 25, 2013

16 - Introduction to My Journey of Miracle

Assalamualaikum,

Baru pulang dari Kuala Lumpur Isnin malam. Pergi untuk berjumpa miracle yang menjelma, pulang untuk memanifestasi miracle tersebut kepada manusia-manusia pilihan Allah. InsyaAllah. 


20 – 22 Disember 2013. Adalah titik paling kemuncak sepanjang tahun 2013 so far. Tarikh ni adalah ruang yang Allah takdirkan untuk aku jumpakan jawapan yang dah berapa tahun aku cari. Sebelum ni, banyak fasa hidup yang aku rasa sangat messy. Aku selalu tanya Allah, kenapa begini dan begitu. Ada masa aku jumpa jawapan, ada masa aku buntu.

Banyak masa aku hidup dengan mencari jawapan. Nak buat benda yang aku suka, tapi manusia tak bagi, sebab dirasakan tak sesuai untuk aku. Diorang rasakan, tak berapa rewarding untuk mata dunia. Aku hargai semua insan yang dah lakukan yang terbaik untuk aku, concern dengan aku, dan cuba untuk bantu aku buat pilihan terbaik. Aku syukur sebab diorang pun sebahagian dari perjalanan hidup aku. Allah kurniakan ilham, latihan kesabaran, latihan kekuatan melalui diorang. Aku cari Allah pun melalui diorang.

Namun, impian aku yang aku rasa dah lama terkubur macam tak ada harapan nak laksanakan, rupanya hidup subur. Berjaya survive setelah bertahun lamanya. Selama ni, benih impian tu hidup malu-malu dalam rumah kaca tersorok. Rupanya, perlahan-lahan benih impian tu tumbuh. Punya tunas yang segar. Ada harapan untuk menjadi pohon yang sihat dan rimbun serta dapat beri manfaat.

Puzzle hidup yang bersepah, aku dapat cantumkan, lepas Workshop Amazing Goal Praying yang merupakan program di bawah Beautiful Life Center. Khalifah-khalifah yang berada disebalik BLC ni sememangnya antara insan pilihan Allah yang mewujudkan ikhtiar bagi mengenalkan kita-kita semua ni, kepada kehidupan yang sebenar-benarnya. Kembali pada fitrah.

Kita sangka hidup kita dah betul. Rupanya tidak.

Apatah lagi, kita sangka, kita sepatutnya hidup begini dan begitu yang garis panduannya ditentukan oleh manusia. Lalu kita rasa sakit dan derita sederitanya hingga ada yang rasa mahu mati kerana disangka berdiri di jalan mati.

Workshop ni, dengan izin Allah, dah mengubah perspektif ramai insan tentang kehidupan. Apa yang disangka pelik bagi majoriti, itulah yang beri tenang pada kita. Apa yang dirasa tidak patut, itulah yang lurus dari Tuhan untuk kita. Aspek Ego, adalah punca masalah semua manusia. Racun Ego mampu menghancurkan dunia. Apa yang melanda dunia sekarang, masyarakat setiap negara, peperangan, penderitaan, penindasan, dan sebagainya, hasil dari pohon Ego yang rimbun menaungi dunia.

Workshop selama 3 hari ni, mengajar dan menyedarkan betapa sombong dan egonya kita dengan Allah selama ni. 

Betapa riaknya kita dengan nikmat yang kita ada ni. Menyangkakan semua yang kita dapat adalah hasil usaha kita. Oh tidak. Langsung tidak layak untuk kita mengaku apa-apa pun kita punya. Hatta, anak yang dikandung selama 9 bulan itu pun, yang dibesarkan selama berpuluh tahun itu pun, yang diberi susu dari tubuh itu pun, yang diberi kasih-sayang dan pengorbanan itu pun, bukan milik kita. Tetapi, amanah. Allah beri anak sebagai amanah. Maka, amanah bagaimanakah sangkaan kita yang patut kita laksanakan sebenarnya? Sudah pasti, mendidiknya untuk hidup menjadi hamba Allah. Bukan hamba dunia.

Mana-mana manusia yang punya Allah dalam hati, pasti haluan dan keputusannya berada dalam bimbingan Allah dan yang terbaik diberi Allah. Biarpun pada manusia, kelihatan seperti asing dan aneh serta rasa ragu-ragu, tapi, kalau pemilik diri itu, rasa tenang dan pilihannya diredhai serta dikasihi Allah, maka bukankah itu sudah cukup?

Kita terperangkap dalam sistem kehidupan yang diatur dan direka manusia. Sudah pun jadi mind program yang rasmi kita-kita, sampaikan hidup sebagai surirumah pun dipandang seperti otak kosong tak punya tanggungjawab.


  • Sebahagian manusia kata, belajar sampai PHD itu pasti akan dipandang tinggi dengan menjanjikan kerja yang lumayan gajinya. Sesetengan manusia, memaparkan PHD sebagai simbol kepada “aku manusia berjaya dan bijaksana. Maka aku layak dapat kerja yang bagus serta gaji yang bagus. Maka, hormatilah aku, dan aku tak layak ditepis manusia yang bawah dari aku. Ilmu aku, aku punya. Ilmu aku, harus ada nama aku. Panggil aku Doktor, Professor. Dan siapa yang tak setaraf dengan aku, tak layak bersama dengan aku.”
  • Sebahagian manusia kata, cari duit banyak-banyak, dah stabil ada kereta, ada rumah, kerja tetap baru boleh kahwin.
  • Sebahagian manusia kata, jadilah pensyarah, kerana gajinya tetap, boleh buat loan, ada EPF, boleh dapat bonus dan elaun. Tak payah susah-susah. Gaji lumayan, hidup senang.

Adakah hidup kita sekadar untuk security dunia, elaun, bonus, mengejar kemampuan membeli harta dunia?

Masalahnya manusia ni, kehendak dalam hidupnya tak pernah cukup. Sudah dapat satu, nak dua. Sudah dapat tiga, nak empat. Sampai bila tak akan habis kemahuannya.

Fokus manusia, hanya tertumpu pada dunia. Mencari medium untuk menyelesakan diri dalam dunia. Mencari tempat di dalam dunia. Supaya selesa dan bahagia dalam dunia. Sehingga lupa, dunia akan hancur. Mati pun, dikapan kain putih. Bukannya kain emas. Dah terkubur pun jadi makanan makhluk tanah. Apakah makna kita masa tu? Dunia yang kita rasa selesa pun membaham kita semula akhirnya.

Tanya pada diri, apakah sumbangan dan legasi  kita pada manusia selepas kita? Untuk agama dan akhirat? Dan akhirnya, apakah yang kita ada untuk Allah?

Workshop Amazing Goal Praying ni, memberi kesedaran (awareness) tentang kita mampu buat apa pun di luar jangkaan manusia, asalkan perkara tu diredhai Allah.


  • Jadi engineer, jadilah engineer yang mengenalkan Allah melalui kerja anda.
  • Jadi doktor, jadilah doktor yang mengenalkan manusia tentang Allah melalui kerja anda.
  • Jadi tukang sapu sampah, jadilah tukang sapu sampah yang mengenalkan manusia tentang Allah melalui kerja anda.
  • Jadi usahawan, jadilah usahawan yang mengenalkan manusia tentang Allah melalui urusan jual beli anda.

Workshop AGP ni mengajar kita untuk bekerja, dengan Allah sebagai final destination. Allah terkandung dalam proses dan end result dari segala usaha dan impian kita. Bukan setakat dunia. Bila visi kita adalah mencari redha Allah, maka misi-misi kita yang lain, akan align menuruti kehendak visi. Allah itu kan sumber segala nikmat. Sumber kepada segala rezeki. Dan nikmat serta rezeki kepunyaan Allah itu Maha Melimpah-ruah! Jadi, kalau kita buat segalanya kerana Allah, apa kerugiannya? Sumber milik Allah itu sangat unlimited! Dia akan tetap memberi dan memberi. Sedangkan yang kita tak minta pun Dia dah beri sangat banyak (oksigen, nyawa, air, udara, deria etc), apatah lagi kalau yang kita minta kan? Jadi, bila kita sudah membuat pilihan kerana Allah, beranikah kita untuk meninggalkan perkara yang lain? Sediakah kita untuk keluar dari comfort zone untuk mencari redha Allah dan yakin, rezeki Allah tetap akan melimpah?

Contoh, seorang wanita yang bekerjaya, ingin berhenti kerja demi menjaga anaknya sehingga besar dan ingin memastikan anaknya breastfeed sehingga umur dua tahun. Maka, dia korbankan kerjanya demi anak. Iaitu khalifah kecil yang Allah amanahkan untuk dididik menjadi hambaNya. Inginnya dia mendidik amanah diberi Allah itu, supaya menjadi khalifah yang dapat menyebarkan cinta Allah pada dunia pula.

Pada pandangan masyarakat, bekerja jadi surirumah itu merugikan kerana sumber kewangan keluarga akan berkurangan, membebankan suami, malah dianggap otak akan semakin cetek ilmu, serta dianggap tidak produktif dari segi pencapaian kejayaan (yang diiktiraf manusia). Kerjaya yang tak hasilkan duit. Siapa mahu pandang kerja yang tak hasilkan duit kan?

Tapi, pada pandangan Allah, itu jihad seorang wanita sebagai ibu dan isteri. Dengan menjadi surirumah, dia dapat melihat perkembangan anaknya setiap hari, berpeluang menceritakan tentang Allah sebagai Tuhannya setiap hari, mendidik dengan ilmu yang bermanfaat supaya menjadi khalifah Allah yang berjaya dunia akhirat, berpeluang mencurahkan kasih-sayang secara maksimum dengan masa yang ada, berpeluang menyediakan makanan dan minuman berkhasiat dari air tangannya sendiri yang disertakan zikir dan doa lalu menjadi darah daging anak menghidupkan sel-sel tubuh sihat yang aktif dengan getaran kalimah Allah dan doa ibunya. Dan lagi, si wanita itu dapat menyediakan diri untuk melayan suami, punya masa untuk mengingatkan suami tentang Allah, punya ruang masa untuk lakukan perkara yang menggembirakan dan mendamaikan suami, punya ruang untuk mencipta kreativiti supaya suami lebih dekat dengan Illahi, dan macam-macam lagi peluang yang si wanita boleh dapat melalui kerjayanya sebagai surirumah. Suami gembira dan redha, automatik Allah pun akan redha dengannya.

Surirumah mungkin tak dapat gaji yang lumayan di mata manusia, tetapi gaji akhiratnya masyaAllah, pasti melimpah-ruah dan Syurga tak sabar menantinya di sana.

Manusia bermasalah dalam keyakinan pada Allah. Sebab tu, dunia dijadikan kayu ukur dan dijadikan tempat meminta. Masalah keyakinan pula hasil dari Ego. Ego dalam mengakui semua Allah punya, ego dalam menerima ujian, ego dengan merasakan kita lagi betul, ego dengan memarahi manusia atas kesalahannya, ego dengan menyalahkan keadaan, ego dengan menolak peristiwa yang menimpa, ego dengan sentiasa menyalahkan manusia yang Allah hantar untuk menguji kita, ego dengan merasakan diri lebih baik dari yang lainnya, ego dengan merasakan kita berhak dan layak atas segala. Padahal, bukankah Allah lebih tahu hakikatnya yang pastinya terbaik untuk kita? Tiadakah perasaan malu terhadap Allah akan sikap kita yang menyalahkan manusia dan keadaan?

Sebenarnya, stress itu pilihan. Kita boleh je hidup tanpa stress, tanpa rasa tertekan. Tanpa rasa nak marah, tanpa rasa nak memaki apatah lagi rasa "kenapa aku diuji?". 

Segala peristiwa dan keadaan yang berlaku dalam hidup kita ni, hanya semata untuk bawa kita kenal Allah. Maka, sanggupkah kita marah atas sesuatu yang sebenarnya memimpin kita untuk lebih dekat dengan Allah? Bila diuji dengan hilangnya harta, baru kita kenal, harta itu bukan kita punya dan Allah saja yang boleh ganti semula.  Allah boleh beri bila-bila dan sebanyak-banyaknya, Allah juga boleh ambil semula. Dia boleh ambil semula penglihatan, kaki, tangan kita, pendengaran, dan sebagainya. Allah boleh beri kita kesihatan, Allah juga boleh beri kita kesakitan.

Maka, workshop ni memberi kunci sebenar, bagaimana cara untuk take charge of ourselves, lalu mendidik keikhlasan, melepaskan ego pergi, maka berdamai dengan ketenangan dalam apa jua keadaan. Siapa yang mampu tenang bila cuma makan nasi dengan telur dan kicap hari-hari? Siapa yang mampu tenang bila tiba-tiba kereta pancit ditengah jalan? Siapa yang mampu tenang bila ditimpa penyakit?  Siapa yang mampu tenang bila harus korbankan kerjaya bergaji tinggi demi impian yang tak berduit dan demi agama?

Hanya hati yang ikhlas dengan kehidupan, ikhlas dengan Tuhan, ikhlas dengan semua keadaan, ikhlas dengan semua manusia, ikhlas dengan semua ujian,...pasti Allah bersama. Cukup dengan adanya Allah, kita sebenarnya dah cukup kaya dan bahagia.

Still rasa impossible?

Then, i would like to invite you to change your life perspective, tukar mind program dalam kepala anda yang dah bergelumang dengan virus dunia, then you’ll find your answer for whatever questions and doubt you've had all this time. insyaAllah.

Hanya manusia terpilih. Jadilah manusia yang terpilih itu. Bermula dengan niat.


InsyaAllah, akan ada penulisan bersiri lepas ni hasil dari workshop AGP yang Subhanallah sangat awesome! Setiap insan yang pernah attend workshop ni, akan merasakan perasaan yang luar biasa. AGP 10,11 dan 12 are coming soon!

Check this out.


 Ruang untuk mencari solusi buat insan yang mencari makna kehidupan sebenar-benarnya.

Zon Selatan (Melaka) : 10-12 Januari 2014
Zon Tengah (Kuala Lumpur) : 7-9 Februari 2014
Zon Utara (Alor Setar) : 7-9 Mac 2014



Pergilah cari Allah. Cari hidup yang benar sebenar-benarnya. This is a must-go-workshop. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai persoalan kenapa kehidupan begini dan begitu. Lillahita'ala insyaAllah, you'll find the exact answer. (^_^)

Wassalam.

p/s: sebutlah nama Allah dalam setiap saat. insyaAllah hati akan hidup, dan mula mencari jalan yang benar~