Pages

Sunday, July 28, 2013

3 - Master

Assalamualaikum,


banyak betul masa spent untuk download journal. bila nak baca entah. rasa seronok download journal. bila tak dapat download, stress kejap. lepas tu, seronok balik. tengok tengok, 3 jam berlalu. download journal + merayau di laman media sosial.

memandangkan aku hanya manusia biasa, jadi aku rasa nak meluahkan sedikit sebanyak dalam bentuk perkongsian. jadi, ini bukanlah aduan. huhu.

aku sekarang tengah sambung master. buat master, tak senang. sungguh tak senang macam mula-mula aku fikir dulu dengan sangat positifnya. lama-lama, kepahitan makin terasa bila masuk semester kedua. dari aku yang tak pernahnya buat research, cari journal pun blank tak tahu apa dulu, nak tulis proposal pun rasa macam apa benda la, sampailah sekarang, banyak benda aku tahu dan makin banyak lagi yang aku tak tahu.

tak dinafikan, aku ada kelemahan bab membaca. dari sekolah, aku memang tak suka baca buku akademik yang aku tak minat termasuklah Sejarah. aku cuma suka baca buku BM, Sains dan yang menarik fikiran aku untuk berfikir. akibat dari tak suka baca benda yang aku tak minat, atas dasar terpaksa, memang aku paksa baca. even untuk master, aku ajar diri sendiri untuk bermanja dengan membaca (hal akademik). bukannya aku tak suka master ni. aku suka bila jumpa research yang menarik. aku discovered banyak isu. tapi well, we tend to be prejudice on things yang kita tak tahu kan. so, masalahnya, aku terus negatif bila terjumpa halangan, cabaran dan tekanan membuak-buak. antaranya, nak cari journal pun alangkah blurr sampai kena marah dengan lecturer awal-awal sem lepas. bila kita masuk uni sebagai student master, memang standard lecturers meletakkan persepsi yang kita dah tahu segala benda berkaitan skill research dan sebagainya sebab itu basic. tapi, untuk aku, itu.....adalah......alien ok!..yes..alien. boleh aku tak tahu journal tu apa, article tu macam mana, nak cari tang mananya. sedih jugalah bila tak tahu, tetapi dikata malas. padahal, berusaha gigih dah ni. (berusaha fikir tapi tak jumpa jalan). library ada provide bengkel cara buat research. aku tak tahu kenapa aku asyik terlupa nak pergi. last-last, aku belajar manually dengan best friend. dia punya duduk jauh kat oversea sana pun boleh tolong aku sampai aku reti, celik dan jelas nyata jalan nak cari journal. alhamdulillah! Allah bless him.

dan, siapalah tak malu bila dimalukan dalam kelas bila kau tak reti nak beza journal article. tapi tak apa. cabaran itu worth it sebab lepas diajar oleh best friend sampai aku faham, aku jumpa bahan yang sepatutnya dan aku berjaya buat lecturer faham yang aku bukan malas. lecturer puas hati. untuk paper tersebut, alhamdulillah result ok. \(^_^)/

dan sekarang, sudah pun habis semester kedua. bulan 9 ni masuk semester ketiga. dan aku tak present proposal lagi. atas masalah membaca lepas tu pening sorang-sorang. kadang-kadang geram dengan diri sendiri kenapalah aku macam susah nak baca yang terus faham. Tuhan je yang tahu betapa azabnya nak buat proposal seketoi ni. dari tajuk lain, tukar tajuk lain. lepas tu berapa kali tukar dan sampai sekarang, tajuk pun tak determine betul-betul lagi. dengan takdir Allah, aku dapat supervisor yang super strict. tambahan pula, beliau bahagian journalism. which, kalau kau nak tipu sana sini dalam penulisan, konon-konon nak goreng garing garing ke (padahal kau still confuse dengan apa yang kau baca), surely kau akan kantoi dan akhirnya objektif kajian semua jadi bersepah balik. aku lalui proses yang sama berulang kali yang makin lama makin dahsyat sampai bertembung dengan rasa sungguh tak ada passion dah. sampai aku fikir, kenapalah aku buat master ni. moment buntu tu ada jugak lah dalam beberapa minggu. menangis? aku dah pecah rekod degree. dulu mana aku nangis nangis pasal belajar sangat. sekarang, aku rasa master dah sinonim dengan tangisan. aku gelar, tangga kekuatan. ceywah!

tapi, lama-lama, lepas consult dengan kawan-kawan, bonda, dan best friend, give up itu bukan solution at all. it's all about building your faith in Allah and building tawakal (perasaan berserah) to Allah. tarbiyah paling hebat setakat ni untuk aku dalam tahun ni. orang lain punya perjalanan master mungkin tak sedahsyat aku dan maka dengan itu, aku tak boleh compare. kalau aku compare, aku akan buta motif Allah letak aku kat sini.

jadi, the key to find the answers is through strengthening your relationship with Allah. dari yang selalu lupa berzikir, jadi terbiasa zikir. dari  jarang buat qiyam, dah at least seminggu sekali. dari doa dulu asyik berangan, sekarang belajar khusyuk dalam berdoa dan solat. and niat kehidupan, kena betulkan. 

hidup untuk apa, untuk siapa.

memang sangat teramat sakit buat master ni untuk orang yang baca slow macam aku. kalau ada 50 journals pun, dalam 1 journal tu, 1 perenggan pun aku ulang dekat 10 kali baru nak faham. well, english aku memang tak cemerlang sangat. dulu, degree bidang design. sekarang master, communication. dulu kerja melukis. sekarang kerja membaca.

ok dah kot. 

jadi, kesimpulannya yang nak disimpulkan disini adalah, apa pun kita buat dengan tulang empat kerat, dengan otak dan akal, dengan nyawa dan nafas, dan segala deria yang kita PINJAM ni, semua adalah perjalanan menuju Allah. kau nak berjaya sebab kau nak dapat pengiktirafan manusia semata, itu adalah kesilapan. kau macam tengah bina jambatan ke akhirat. kalau aim setakat dunia, macam mana akhirat? 

hidup adalah tarbiyah (pendidikan). dunia ni sekolah. kita hamba Allah adalah pelajar. dan elemen paling penting yang ramai kita-kita terlupa, ialah bersyukur. dapat belajar, bersyukur. dapat mandi, bersyukur. dapat celik mata, syukur. sihat, syukur. dapat makan, syukur. order makanan, tapi tak sedap, syukur sebab still dapat makan. duit kena telan atm, nak kena tunggu dua minggu baru dapat, syukur sebab Allah nak didik sabar.

banyak lagi sebenarnya. kalau free, duduklah sekejap, fikir segala nikmat Allah bagi. hati-hati bila merungut atau komplen sebab secara tak sedar, kita komplen pada Pemberi ujian tu sendiri. yakni Pemberi nikmat juga.

dalam Surah Ibrahim ayat 7, Allah cuma nak kita bersyukur saja maka akan Dia tambahkan lagi nikmat berlipat ganda. jadi, bersyukur dan yakin. cuba tahan diri dari komplen. tahan je. tahan. lepas tu, hilang. insyaAllah. kita ada Tuhan. kalau susah, mintalah tolong Dia. bila senang, bersyukurlah. well, aku sendiri pun dalam proses latihan sebab aku ni pun ringan mulut nak komplen. manusia buat salah. bila terbabas, istighfar banyak-banyak. lepas tu, cuba lagi untuk tak commit salah yang sama. boleh punya. make doa for yourself to be better. Allah will grant your wish.


insyaAllah nanti aku kongsi tips bersyukur.


isi penting : yakin dengan Allah.


Wassalam.

p/s: kalaulah membaca journal semudah menulis blog~


No comments:

Post a Comment