Pages

Monday, April 28, 2014

19 - Mencari Jawapan dalam Gelombang Perjalanan

Assalamualaikum,

Bismillah,


Hari ni mahu menulis.

3 minggu kebelakangan ini, aku mencari satu jawapan kepada persoalan yang baru muncul pada minggu sebelumnya.

Aku manusia yang sangat kurang menggunakan Hati.
Dah biasa menjadikan Akal sebagai pengemudi hidup aku.
Yang akhirnya buatkan aku kesakitan berulang-ulang kali.
Hati berkarat lalu mengumpul terlalu banyak keladak hingga aku tak nampak jalan.


Hati yang sepatutnya menjadi GPS manusia. (Hati yang berhubung dengan Allah)
Bila tak guna, tak dibersihkan, Nafsu dan Ego lah yang memandu Akal.

Hati yang bersih dan sihat yang sentiasa penuh kesedaran dan berhubung dengan Allah sudah pasti akan memandu Akal untuk menghasilkan tindakan yang Allah redhai.

Manakan Hati mahu tenang jika, tindakan tak selari dengan redhanya Allah?

Perang jiwa di antara persoalan "kenapa" dan perasaan mahu redha mengikhlaskan.

Lalu Allah hantarkan mediator dalam bentuk insan dan ujian, untuk mengajar aku satu persatu.

Hari ni, aku sedar tentang salah satu hal, even expectation aku sendiri adalah perkara yang boleh menjauhkan aku dengan Allah. Expectation without letakkan penyerahan total pada Allah setulus dan semurninya, memang kesalahan aku yang menggunakan Akal tanpa penyertaan Hati. Tertipu dengan Akal yang berkata Yakin tetapi sebenarnya Hati tidak merasakannya.


Tak ada situasi yang aku boleh pastikan tidak terjadi, atau pastikan terjadi.
Aku berusaha menyusun, mengatur dibawah kemampuan aku.
Hasilnya, semua hak Allah.
Dan hak aku adalah meredhakan dan mengikhlaskannya.
Pasti, Allah mahu selamatkan aku dari sesuatu.
Agar, Hati aku tidak terikat pada makhluk.
Agar tidak terikat pada Ego dan Nafsu sendiri.


Jawapan yang aku jumpa hari ini..


When your heart breaks, it's a signal that you have deviated from the right path.  

“La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minaz zhalimin.”

"There is no deity except You; exalted are You. Indeed, I have been of the wrongdoers." (Al-Anbiya' : 87)



Ya Allah, ampuni aku.  

 Setiap mesej adalah peringatan dari dasar kasih-sayangNya.
Aku tetap akan bangun dan berjalan ke hadapan.
Kerana Syurga itu mahal harganya.


Wassalam.


p/s: tidur adalah pilihan. bangun juga pilihan.
 

Thursday, February 13, 2014

18 - Lumrah vs Fitrah : Berhempas-Pulas untuk Keselesaan Dunia atau Akhirat?

Assalamualaikum,

Bismillah,

Lama betul tak menulis. phew~

Tak tahu nak mula dari mana, so aku biar je jari ni menaip meluahkan ilham yang mengalir. InsyaAllah ini refleksi untuk diri aku sendiri terutamanya. Siapa yang dizinkan Allah untuk singgah dan diberi kemampuan untuk menghabiskan bacaan ni, insyaAllah ada mesej yang baik dari Allah untuk kalian.

Dalam bas dari KL-Penang tadi, melimpah-ruah ilham sebenarnya.

Dengan izin Allah, sejak hadir Workshop Amazing Goal Praying (AGP), alhamdulillah menjadi asbab persepsi kehidupan aku dah berubah totally. Lepas tu, berperang dengan jiwa, hati dan akal, untuk betulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul. Malah, masih lagi dalam perjalanan.

Tu yang agak lama tak menulis. Perjalanan yang lebih sebulan, menghulur tarbiyah yang sangat lazat. Subhanallah. Alhamdulillah~

Apa lagi nikmat yang lagi lazat dari nikmat mengetahui kebenaran tentang Fitrah?

Dan kembali pada Fitrah itu adalah kembali pada Allah. Kita sangka kita Muslim, jalan kita dah betul. Rupanya, tidak. Astaghfirullah~

Syukur alhamdulillah, Allah izinkan Hati ni dapat merasa dan memaknai apa itu :-

"Cukuplah Allah bagiku"
"La ilaha illallah"
"Inna solati, wanusuki, wamahyaaya wamamaati, lillahirabbil 'alameen"
"Ikhlas"
"Sabar"
"Redha"
"Terima"

Selama ni, semua kalimah tu cuma gah berjalan di level fikiran, tapi tak sampai pada Hati sepenuhnya. Kita kata kita Sabar, tapi masih juga tertekan dan serabut serta hampir putus asa. Sering jugak kita kata "Redha je lah" , tapi masih juga marah dan juga mengeluh. Dan paling kerap, kita kata kita Ikhlas, tapi akhirnya ungkitan dan rungutan juga yang muncul di bibir.

Sungguhlah, betapa banyaknya input kehidupan yang salah dah ter-program dalam kepala.

Andaikan saja diri kita ni sebagai 'PC komputer'.

Manakala, belief system, nilai kehidupan, cara hidup, budaya, dan sebagainya yang kita lalui dalam hidup ni, adalah 'software' yang installed dalam diri kita. Betapa banyaknya program yang salah dan virus yang bahaya menghuni 'PC komputer' diri kita ni yang menghasilkan emosi-emosi negatif bila beroperasi. Software Sistem Kepercayaan yang salah, banyak dah kita installed yang menghasilkan apa yang sedia ada dalam kehidupan kita sekarang.

  • Dengan manusia sekeliling.
  • Dengan rutin kehidupan.
  • Dengan apa yang kita tak dapat.
  • Dengan cara kita dilayan.
  • Dengan apa yang kita hilang.
  • Dengan apa yang hadir.
  • Dengan apa yang jadi.

EGO. Marah, dendam, menyesal, kecewa, tertekan, bengang, tak puas hati, menyampah, susah nak memaafkan.

Ada saja rejection. Ada saja resistance. Ada saja rasa annoyed. Ada saja macam-macam rasa yang tak best.

Contoh, paling mudah tentang Duit.

"Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan Duit".

Siapa kata?

Tentulah, yang berkata itu Manusia.

Jom refleks diri.

Dari kecik, kita diprogramkan, nak apa, kena ada duit. Ibu bapa cari duit untuk bagi kita makan. Ibu bapa kata "kami keluar pergi kerja sebab nak cari duit bagi korang makan". Orang kata, kalau kita nak apa-apa, kita disuruh kumpul duit dan beli. Sampai lama-lama, kita percaya, Duit itulah tiket segala impian kita. Maka, cita-cita kita untuk jadi seorang yang kaya-raya dengan DUIT. Tak ada duit, kita stress. Bila tak ada duit, atau tak cukup duit, hati dah mula gelisah. Mula rasa resah. Mula fikir jalan untuk cari duit. Mula hempas pulas, cari duit. Dalam masa yang sama, kita menagih penghargaan orang, mencari pengiktirafan orang, nak orang lihat kebagusan kita bekerja, untuk naik pangkat seterusnya naik gaji dan elaun.

Lama-lama, secara tak sedar, hidup kita sehingga dewasa, kita dedikasi hanya untuk mencari Duit untuk memenuhi impian-impian lain. Dengan adanya mindset, "Dengan kerjalah aku dapat duit untuk penuhi impian lain", maka kita pun carilah kerja, asal dapat kerja, sampaikan bila orang kata "jangan memilih kerja". Maka, laluilah kita hari-hari yang penuh tekanan sebab buat kerja yang kita tak suka demi menunggu hari gaji. Menanti untuk duit berkepuk-kepuk dalam akaun. Sementara menunggu, maka, berulang-ulanglah rutin tu.......sampai bila? 

Dah kahwin, rutin yang sama berulang. Tiada masa untuk famili, dengan alasan "keluar pergi kerja cari duit". Rutin yang sama berulang-ulang sampai anak-anak pun terpaksa diserah pada pengasuh. (kena kerja cari duit, kalau tak, macam mana nak sara anak, bayar loan sebagainya)

Rutin yang sama pun berulang-ulang sampai anak-anak cuma ada masa dengan kita 2 jam sehari. (dalam hati, nak buat macam mana, kerja nak cari duit untuk sekolahkan anak-anak).

Rutin yang sama berulang-ulang sampai makanan di rumah pun beli je. (dalam hati, nak buat macam mana, tak sempat masak. penat)

Rutin yang sama berulang-ulang sampai balik rumah, tak terlayan pasangan masing-masing. Kurang komunikasi. Hambar hubungan. (dalam hati, balik kerja dah penat, mana larat nak layan)

Rutin yang sama berulang-ulang sampai banyaknya masa kita dedikasi untuk dunia demi Duit, tapi masa untuk Allah cuma sejam sehari. (dalam hati, nak buat macam mana, kerja 10 jam sehari, balik penat. mana larat nak bangun tahajjud)

Boleh nampak kan, betapa berhempas-pulasnya kita nak mendapatkan keselesaan atas dunia berbanding akhirat.

Woah! ni baru hal Duit. belum hal lain lagi.

Rutin yang hidup atas program manusia berbanding rutin yang align dengan jalan Allah, sangat berbeza sebenarnya. Kerja, belajar, masih boleh dilakukan tapi bukan dengan cara yang kita gunakan sekarang sebenarnya.

Rutin kebiasaan kita dipengaruhi oleh Duit sebagai life purpose kita. Duit mendominasi life purpose kita. Duit took over life purpose kita yang sebenar-benarnya. Hidup hanya mencari Duit. Tak penatkah kita?

Lama-lama, secara tak sedar, kita sebenarnya berTuhankan Duit. Astaghfirullah~

Orang kata, mana boleh duduk je berdoa, solat tapi tak keluar pergi kerja.
Orang kata, kalau tak kerja, macam mana nak makan minum bayar hutang semua?
Orang kata, kalau duduk berdoa je solat, macam tunggu makanan disuap ke mulut lah pula.

Itu semua siapa kata?

Tentulah Manusia.

Tapi terfikirkah,

Macam mana nak masuk Syurga kalau tak cari Allah?
Macam mana nak Tenang dan Bahagia kalau tak cari Allah?
Macam mana nak capai semua impian kalau tak cari Allah?
Macam mana nak selamat dari neraka kalau tak cari Allah?

Duit sendiri tak dapat nak jawab semua persoalan tu. Dah berapa tahun umur kita habis semata untuk kejar Duit? Sekarang tinggal sisa berapa tahun saja lagi untuk kita cari Allah? Andai saja esok kita mati, bagaimanakah kita? Atau mungkin sekejap lagi? Celik-celik mata je dah terima soalan "Ma rabbuka?" (siapa Tuhanmu?). 

Allah dah turunkan ayat ni untuk kita. Tapi selalu kita terlupa. Dan kalau kita ingat, kita masih tak yakin.

"Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan" - (Al-Ghafir : 60)


Nah. Masih tak cukupkah sebaris ayat Allah yang powerful tu untuk kita? Apa lagi yang nak kita pertikaikan? Apa lagi keEGOan ilmu dunia yang buat kita ragu-ragu dengan ayat Allah ni? 

Mungkin masih lagi ada yang kata, "Kita kena jugak usaha"

Renungkan sekejap, apakah yang kita faham tentang makna "Usaha" sebenar-benarnya?

 Photo credit : sisi-kehidupan.blogspot.com


Tanya khabar Hati masing-masing.
Tanya khabar Yakin pada Allah dalam diri masing-masing.

Jika Hati lurus, dan Yakin membulat telus pada Allah, sebenarnya tak perlu susah payah mengeluarkan 'usaha' yang kita SANGKA setimpal dengan hasil yang kita mahukan.

Oleh itu, jika kita rasa kehidupan kita ni sangat payah, rasa cemburu tengok kehidupan orang lain, rasa penat dan lelah, berakhir dengan sedih dan kecewa...memang salah kitalah atas segala kesusahan yang kita tempah selama ni. Sebab kehidupan kita sekarang adalah PILIHAN KITA. Bukan orang lain. Maka, kenapa perlu kita salahkan orang lain?

Memang orang lain boleh suruh itu ini. Tapi kita boleh PILIH bukan? Tak pernah tiada pilihan. Antara untuk dunia dan untuk Tuhan.

Hati yang berkomunikasi dengan Allah, Hati yang sentiasa berhubung dengan Allah, sentiasa ada pilihan dan ilham yang Allah hantarkan. Hati yang tak berhubung dengan Allah, akan berhubung dengan Nafsu akhirnya. Dan setiap pilihan yang kita buat, adalah tanggungjawab kita.

Tanya pada diri, kerapkah Hati kita berhubung dengan Allah?

Berapa lama kita spend masa dengan Allah berbanding dunia dalam sehari, seminggu, sebulan, setahun?

Berapa banyak amal ibadat kita untuk Allah dan untuk bertemu Allah nanti?

" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri" - (Ar-Rad : 11)


Kalau kita ada perasaan dan fikiran yang mengatakan bahawa ayat di atas berbicara tentang usaha yang kita keluarkan dan yang kita letakkan dalam kehidupan sedia ada selama ni, kita sebenarnya hidup dalam Ilusi yang menipu diri kita sendiri. Kita sebenarnya dah termasuk dalam lubang yang mengundang gelap dan derita dalam hari-hari yang kita lalui selama ni. Tak ada siapa yang tolak kita masuk ke dalam lubang tu. Tapi diri kita sendiri yang nak masuk ke dalam lubang tu.

Renungkan,
  • rutin harian yang kita jalani
  • usaha yang kita keluarkan sehingga hari ini
  • cara yang kita gunakan untuk menjalani kehidupan selama ni
  • nilai kehidupan yang diterapkan dari kecil sehingga hari ini
Apa tindakan dan reaksi kita bila kita sedar apa yang kita sangka benar diatas...adalah SALAH?

Moga video ni membantu kalian untuk memahami tafsiran sebenar ayat 11 surah Ar-Rad di atas.



Adakah kita dapat terima dan ambil langkah berubah ATAU kita tak mahu keluar dari comfort zone kerana ego yang sedia ada?

Comfort Zone (lumrah)pergi sekolah, masuk universiti, grad, cari kerja untuk cari duit, kahwin, cari kerja untuk cari duit lebih, cari lagi duit untuk rumah, kereta, cari duit, hari tua, mati. rela berusaha sampai penat tertekan, sakit pengsan, solat lambat....and the list goes on.

Ego : sukar nak menerima kebenaran bahawa Usaha yang sebenarnya adalah kembali pada Allah dengan beribadat kepada Allah. rasa tak logik bila mengetahui hakikat sebenar kehidupan adalah dengan usaha Spiritual 90% dan usaha Fizikal 10%.  Kerja yang aku lakukan ni lah yang akan menghasilkan kehidupan yang aku mahu....and the list goes on.


Fitrahnya,

Usaha yang sebenar adalah usaha mendekatkan diri pada Allah. Usaha mengenal Allah dan mencintai Allah. Usaha menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa.

Bila kita sayangkan seseorang, of course kita nak provide anything untuk dia kan? Tentu-tentulah kita nak provide yang THE BEST untuk dia kan?

Bila kita disayangi Allah, tentu-tentulah Allah akan provide apa yang terbaik untuk kita. Tentu-tentu pasti Allah akan berikan apa yang kita minta. (refer semula surah Al-Ghafir:  60 di atas).

Sedangkan dalam kita menjadi manusia penuh dosa ni pun, tak terkira banyaknya Allah dah dan sedang beri pada kita walau kita tak minta. Apatah lagi jika meminta. Apatah lagi jika kita bertaubat dan lebih taat. Subhanallah!

Simple formula. Kenal Allah, cinta Allah, taat Allah. Jadi hamba yang dicintai Allah, maka Allah akan perkenankan permintaan kita. insyaAllah!

Fikir lagi, siapa sebenarnya yang memberi hasil? Usaha kita atau Allah?

Buat kerja, boleh. Tapi adakah kerja itu kerana Allah? Cara, tanggungjawab, rutin, adakah memenuhi syariat sebaiknya di jalan Allah?

  • Nak duit boleh. Tapi adakah pengakhirannya penggunaan duit itu kembali pada Allah?
  • Nak travel boleh. Tapi adakah travel itu bermanfaat di jalan Allah?
  • Nak beli baju boleh. Tapi adakah baju kita memenuhi syariat Allah?
  • Nak duduk rumah besar, beli kereta mewah boleh. Tapi, adakah manfaatnya wujud untuk jalan Allah?
  • Nak kahwin boleh. Tapi adakah kahwin itu kehidupannya akan menemui Allah?
  • Nak belajar tinggi-tinggi bagus bagus boleh. Tapi, adakah ilmu itu kita akan guna di jalan Allah? Atau sekadar nak kerja bagus, keterpaksaan memenuhi impian orang lain, nak compete dengan orang lain, nak duit untuk kehidupan mewah, rumah besar, kereta mewah SEMATA-MATA?

Adakah itu yang dikatakan kehidupan yang membahagiakan dan tenang?


Tanya lagi pada diri, tenangkah sekarang?


Bahagia?

Bolehkah berdamai dengan ujian yang mendatang? dengan kepayahan yang akan bertandang? Pastikah kita tiada lagi menyalahkan orang? Apatah lagi menyalahkan Allah?

Last but not least,

Nak apa pun boleh. Tapi pastikan segalanya permintaan itu berakhir dengan menemui Allah dan mendapat keredhaan Allah. Kerana itulah bahagia yang sebenar-benarnya.

Kerana dunia ini sendiri akan hancur. Usaha untuk dunia, boleh dapat. tapi nikmatnya cuma temporary. maka kita akan keep on mahu dan mahu dan mahu dan mahu lagi.

Semoga persoalan-persoalan diatas berakhir dengan jawapan yang membawa kita kembali kepada Fitrah. Kepada Allah.

Juga, semoga persoalan-persoalan tersebut akan membawa kepada persoalan yang Satu.

Apa life purpose kita yang seBENAR-BENARnya?

Photo credit : relakssminda.blogspot.com

yang baik dari Allah, yang jelik dan kurang itu dari diri aku sendiri.

::Betulkan yang biasa, biasakan yang betul::

Wallahu a'lam.

Wassalam.

p/s: refleksi diri : Living Into Greatness



Monday, January 6, 2014

17 - Salah satu tips unik bebas diri dari jadi hamba Duit.

Assalamualaikum,


Bismillah,

Kita selalu letak value duit sebagai tanda kegembiraan pada material yang lebih fizikal. Kadang-kadang, kita tak mempersoalkan langsung tentang jumlah wang yang kita sanggup bayar.

Contohnya, shopping baju branded yang cantik cantik, shopping aksesori yang indah indah, make up mahal-mahal, beli kereta, rumah mahal-mahal dan sebagainya memenuhi kegembiraan fizikal. Rumah mahal, kereta mahal, tapi kita sanggup beli sebab kita have no option dan terima hakikat tu.


Tapi, agak sukar orang nak cari sesuatu yang memenuhi keperluan spiritual. Dan almost tak pernah atau sangat JARANG kita SANGGUP untuk keluarkan duit untuk invest kepada keperluan spiritual. Contoh, ramai persoal kenapa ceramah, program, workshop yang mengandungi hal agama dan transcendental diletak harga yang "mahal"?

Konsert lagu, beratus kita sanggup bayar untuk dapat seat depan sekali. Tapi, perkara agama kita rasa sangat berat dan berkira-kira. Malah yang free pun kita rasa berat nak turut serta. Saf depan sekali di masjid pun susah nak rebut.



Sebab manusia belum faham value keperluan spiritual. Yang sebenarnya lebih tinggi nilainya dari duit. Kalau kita rasa mahal, kita masih belum bebas dari jadi hamba duit.

Bila kita tak memiliki material fizikal seperti orang lain, kita rasa kita sangat miskin dan rendah diri dengan manusia sebab pakai kereta buruk, pakai baju tak branded, tak make up, rumah teres je, aksesori murahan.

Padahal, bila keperluan spiritual kita tak dipenuhi lah kita sebenarnya sangat miskin dihadapan Allah. ni apa yang saya rasa. (astaghfirullah)



Bukanlah bermaksud keperluan dunia dan hal fizikal kena diabaikan...sebab itu dah jadi tak selari dengan fitrah.

Tapi, periksa semula, beza value duit dan keperluan spiritual. Betulkan semula value duit kita ke arah mana. Dunia atau akhirat?

Maka, salah satu tips simple yang boleh kita mula amalkan adalah, bila kita dapat tips atau ilmu yang baik dari seseorang atau kita jumpa bahan di internet yang memotivasikan/mencerahkan spiritual kita, maka kita keluarkan sejumlah duit dan beri pada insan yang menyampaikan atau sesiapa yang memerlukan sebagai value dan tanda kita raikan kegembiraan dan rasa kesyukuran memanjakan spiritual kita.

Atau have that willingness to invest your money, bila jumpa kuliah agama, program atau workshop yang mendekatkan diri pada Allah. Lebih kenal diri, hakikat hidup, membimbing kehidupan untuk lebih kenal Allah dan dekat denganNya.

Sesungguhnya, perasaan bahagia dalam apa jua keadaan itu, takkan wujud tanpa kenal Dia. Kalau asyik stress, meaning keperluan spiritual bermasalah. Asyik complain dan marah-marah, meaning ada something wrong dalam hubungan kita dengan Allah.



Coach saya nasihat, put first thing first:-

Start with Transcendental (sila google dan fahamkan sendiri)

then Spiritual Happiness will come,

diikuti Emotional Happiness,

then Intellectual Happiness

dan finally capai Physical Happiness.

InsyaAllah.






Wallahu a'lam.
(^_^)

-----------------------------------------------------------------
Korang nak bebas?
Ada solutionnya.
InsyaAllah in upcoming post.

p/s: heading to total freedom insyaAllah.

Wednesday, December 25, 2013

16 - Introduction to My Journey of Miracle

Assalamualaikum,

Baru pulang dari Kuala Lumpur Isnin malam. Pergi untuk berjumpa miracle yang menjelma, pulang untuk memanifestasi miracle tersebut kepada manusia-manusia pilihan Allah. InsyaAllah. 


20 – 22 Disember 2013. Adalah titik paling kemuncak sepanjang tahun 2013 so far. Tarikh ni adalah ruang yang Allah takdirkan untuk aku jumpakan jawapan yang dah berapa tahun aku cari. Sebelum ni, banyak fasa hidup yang aku rasa sangat messy. Aku selalu tanya Allah, kenapa begini dan begitu. Ada masa aku jumpa jawapan, ada masa aku buntu.

Banyak masa aku hidup dengan mencari jawapan. Nak buat benda yang aku suka, tapi manusia tak bagi, sebab dirasakan tak sesuai untuk aku. Diorang rasakan, tak berapa rewarding untuk mata dunia. Aku hargai semua insan yang dah lakukan yang terbaik untuk aku, concern dengan aku, dan cuba untuk bantu aku buat pilihan terbaik. Aku syukur sebab diorang pun sebahagian dari perjalanan hidup aku. Allah kurniakan ilham, latihan kesabaran, latihan kekuatan melalui diorang. Aku cari Allah pun melalui diorang.

Namun, impian aku yang aku rasa dah lama terkubur macam tak ada harapan nak laksanakan, rupanya hidup subur. Berjaya survive setelah bertahun lamanya. Selama ni, benih impian tu hidup malu-malu dalam rumah kaca tersorok. Rupanya, perlahan-lahan benih impian tu tumbuh. Punya tunas yang segar. Ada harapan untuk menjadi pohon yang sihat dan rimbun serta dapat beri manfaat.

Puzzle hidup yang bersepah, aku dapat cantumkan, lepas Workshop Amazing Goal Praying yang merupakan program di bawah Beautiful Life Center. Khalifah-khalifah yang berada disebalik BLC ni sememangnya antara insan pilihan Allah yang mewujudkan ikhtiar bagi mengenalkan kita-kita semua ni, kepada kehidupan yang sebenar-benarnya. Kembali pada fitrah.

Kita sangka hidup kita dah betul. Rupanya tidak.

Apatah lagi, kita sangka, kita sepatutnya hidup begini dan begitu yang garis panduannya ditentukan oleh manusia. Lalu kita rasa sakit dan derita sederitanya hingga ada yang rasa mahu mati kerana disangka berdiri di jalan mati.

Workshop ni, dengan izin Allah, dah mengubah perspektif ramai insan tentang kehidupan. Apa yang disangka pelik bagi majoriti, itulah yang beri tenang pada kita. Apa yang dirasa tidak patut, itulah yang lurus dari Tuhan untuk kita. Aspek Ego, adalah punca masalah semua manusia. Racun Ego mampu menghancurkan dunia. Apa yang melanda dunia sekarang, masyarakat setiap negara, peperangan, penderitaan, penindasan, dan sebagainya, hasil dari pohon Ego yang rimbun menaungi dunia.

Workshop selama 3 hari ni, mengajar dan menyedarkan betapa sombong dan egonya kita dengan Allah selama ni. 

Betapa riaknya kita dengan nikmat yang kita ada ni. Menyangkakan semua yang kita dapat adalah hasil usaha kita. Oh tidak. Langsung tidak layak untuk kita mengaku apa-apa pun kita punya. Hatta, anak yang dikandung selama 9 bulan itu pun, yang dibesarkan selama berpuluh tahun itu pun, yang diberi susu dari tubuh itu pun, yang diberi kasih-sayang dan pengorbanan itu pun, bukan milik kita. Tetapi, amanah. Allah beri anak sebagai amanah. Maka, amanah bagaimanakah sangkaan kita yang patut kita laksanakan sebenarnya? Sudah pasti, mendidiknya untuk hidup menjadi hamba Allah. Bukan hamba dunia.

Mana-mana manusia yang punya Allah dalam hati, pasti haluan dan keputusannya berada dalam bimbingan Allah dan yang terbaik diberi Allah. Biarpun pada manusia, kelihatan seperti asing dan aneh serta rasa ragu-ragu, tapi, kalau pemilik diri itu, rasa tenang dan pilihannya diredhai serta dikasihi Allah, maka bukankah itu sudah cukup?

Kita terperangkap dalam sistem kehidupan yang diatur dan direka manusia. Sudah pun jadi mind program yang rasmi kita-kita, sampaikan hidup sebagai surirumah pun dipandang seperti otak kosong tak punya tanggungjawab.


  • Sebahagian manusia kata, belajar sampai PHD itu pasti akan dipandang tinggi dengan menjanjikan kerja yang lumayan gajinya. Sesetengan manusia, memaparkan PHD sebagai simbol kepada “aku manusia berjaya dan bijaksana. Maka aku layak dapat kerja yang bagus serta gaji yang bagus. Maka, hormatilah aku, dan aku tak layak ditepis manusia yang bawah dari aku. Ilmu aku, aku punya. Ilmu aku, harus ada nama aku. Panggil aku Doktor, Professor. Dan siapa yang tak setaraf dengan aku, tak layak bersama dengan aku.”
  • Sebahagian manusia kata, cari duit banyak-banyak, dah stabil ada kereta, ada rumah, kerja tetap baru boleh kahwin.
  • Sebahagian manusia kata, jadilah pensyarah, kerana gajinya tetap, boleh buat loan, ada EPF, boleh dapat bonus dan elaun. Tak payah susah-susah. Gaji lumayan, hidup senang.

Adakah hidup kita sekadar untuk security dunia, elaun, bonus, mengejar kemampuan membeli harta dunia?

Masalahnya manusia ni, kehendak dalam hidupnya tak pernah cukup. Sudah dapat satu, nak dua. Sudah dapat tiga, nak empat. Sampai bila tak akan habis kemahuannya.

Fokus manusia, hanya tertumpu pada dunia. Mencari medium untuk menyelesakan diri dalam dunia. Mencari tempat di dalam dunia. Supaya selesa dan bahagia dalam dunia. Sehingga lupa, dunia akan hancur. Mati pun, dikapan kain putih. Bukannya kain emas. Dah terkubur pun jadi makanan makhluk tanah. Apakah makna kita masa tu? Dunia yang kita rasa selesa pun membaham kita semula akhirnya.

Tanya pada diri, apakah sumbangan dan legasi  kita pada manusia selepas kita? Untuk agama dan akhirat? Dan akhirnya, apakah yang kita ada untuk Allah?

Workshop Amazing Goal Praying ni, memberi kesedaran (awareness) tentang kita mampu buat apa pun di luar jangkaan manusia, asalkan perkara tu diredhai Allah.


  • Jadi engineer, jadilah engineer yang mengenalkan Allah melalui kerja anda.
  • Jadi doktor, jadilah doktor yang mengenalkan manusia tentang Allah melalui kerja anda.
  • Jadi tukang sapu sampah, jadilah tukang sapu sampah yang mengenalkan manusia tentang Allah melalui kerja anda.
  • Jadi usahawan, jadilah usahawan yang mengenalkan manusia tentang Allah melalui urusan jual beli anda.

Workshop AGP ni mengajar kita untuk bekerja, dengan Allah sebagai final destination. Allah terkandung dalam proses dan end result dari segala usaha dan impian kita. Bukan setakat dunia. Bila visi kita adalah mencari redha Allah, maka misi-misi kita yang lain, akan align menuruti kehendak visi. Allah itu kan sumber segala nikmat. Sumber kepada segala rezeki. Dan nikmat serta rezeki kepunyaan Allah itu Maha Melimpah-ruah! Jadi, kalau kita buat segalanya kerana Allah, apa kerugiannya? Sumber milik Allah itu sangat unlimited! Dia akan tetap memberi dan memberi. Sedangkan yang kita tak minta pun Dia dah beri sangat banyak (oksigen, nyawa, air, udara, deria etc), apatah lagi kalau yang kita minta kan? Jadi, bila kita sudah membuat pilihan kerana Allah, beranikah kita untuk meninggalkan perkara yang lain? Sediakah kita untuk keluar dari comfort zone untuk mencari redha Allah dan yakin, rezeki Allah tetap akan melimpah?

Contoh, seorang wanita yang bekerjaya, ingin berhenti kerja demi menjaga anaknya sehingga besar dan ingin memastikan anaknya breastfeed sehingga umur dua tahun. Maka, dia korbankan kerjanya demi anak. Iaitu khalifah kecil yang Allah amanahkan untuk dididik menjadi hambaNya. Inginnya dia mendidik amanah diberi Allah itu, supaya menjadi khalifah yang dapat menyebarkan cinta Allah pada dunia pula.

Pada pandangan masyarakat, bekerja jadi surirumah itu merugikan kerana sumber kewangan keluarga akan berkurangan, membebankan suami, malah dianggap otak akan semakin cetek ilmu, serta dianggap tidak produktif dari segi pencapaian kejayaan (yang diiktiraf manusia). Kerjaya yang tak hasilkan duit. Siapa mahu pandang kerja yang tak hasilkan duit kan?

Tapi, pada pandangan Allah, itu jihad seorang wanita sebagai ibu dan isteri. Dengan menjadi surirumah, dia dapat melihat perkembangan anaknya setiap hari, berpeluang menceritakan tentang Allah sebagai Tuhannya setiap hari, mendidik dengan ilmu yang bermanfaat supaya menjadi khalifah Allah yang berjaya dunia akhirat, berpeluang mencurahkan kasih-sayang secara maksimum dengan masa yang ada, berpeluang menyediakan makanan dan minuman berkhasiat dari air tangannya sendiri yang disertakan zikir dan doa lalu menjadi darah daging anak menghidupkan sel-sel tubuh sihat yang aktif dengan getaran kalimah Allah dan doa ibunya. Dan lagi, si wanita itu dapat menyediakan diri untuk melayan suami, punya masa untuk mengingatkan suami tentang Allah, punya ruang masa untuk lakukan perkara yang menggembirakan dan mendamaikan suami, punya ruang untuk mencipta kreativiti supaya suami lebih dekat dengan Illahi, dan macam-macam lagi peluang yang si wanita boleh dapat melalui kerjayanya sebagai surirumah. Suami gembira dan redha, automatik Allah pun akan redha dengannya.

Surirumah mungkin tak dapat gaji yang lumayan di mata manusia, tetapi gaji akhiratnya masyaAllah, pasti melimpah-ruah dan Syurga tak sabar menantinya di sana.

Manusia bermasalah dalam keyakinan pada Allah. Sebab tu, dunia dijadikan kayu ukur dan dijadikan tempat meminta. Masalah keyakinan pula hasil dari Ego. Ego dalam mengakui semua Allah punya, ego dalam menerima ujian, ego dengan merasakan kita lagi betul, ego dengan memarahi manusia atas kesalahannya, ego dengan menyalahkan keadaan, ego dengan menolak peristiwa yang menimpa, ego dengan sentiasa menyalahkan manusia yang Allah hantar untuk menguji kita, ego dengan merasakan diri lebih baik dari yang lainnya, ego dengan merasakan kita berhak dan layak atas segala. Padahal, bukankah Allah lebih tahu hakikatnya yang pastinya terbaik untuk kita? Tiadakah perasaan malu terhadap Allah akan sikap kita yang menyalahkan manusia dan keadaan?

Sebenarnya, stress itu pilihan. Kita boleh je hidup tanpa stress, tanpa rasa tertekan. Tanpa rasa nak marah, tanpa rasa nak memaki apatah lagi rasa "kenapa aku diuji?". 

Segala peristiwa dan keadaan yang berlaku dalam hidup kita ni, hanya semata untuk bawa kita kenal Allah. Maka, sanggupkah kita marah atas sesuatu yang sebenarnya memimpin kita untuk lebih dekat dengan Allah? Bila diuji dengan hilangnya harta, baru kita kenal, harta itu bukan kita punya dan Allah saja yang boleh ganti semula.  Allah boleh beri bila-bila dan sebanyak-banyaknya, Allah juga boleh ambil semula. Dia boleh ambil semula penglihatan, kaki, tangan kita, pendengaran, dan sebagainya. Allah boleh beri kita kesihatan, Allah juga boleh beri kita kesakitan.

Maka, workshop ni memberi kunci sebenar, bagaimana cara untuk take charge of ourselves, lalu mendidik keikhlasan, melepaskan ego pergi, maka berdamai dengan ketenangan dalam apa jua keadaan. Siapa yang mampu tenang bila cuma makan nasi dengan telur dan kicap hari-hari? Siapa yang mampu tenang bila tiba-tiba kereta pancit ditengah jalan? Siapa yang mampu tenang bila ditimpa penyakit?  Siapa yang mampu tenang bila harus korbankan kerjaya bergaji tinggi demi impian yang tak berduit dan demi agama?

Hanya hati yang ikhlas dengan kehidupan, ikhlas dengan Tuhan, ikhlas dengan semua keadaan, ikhlas dengan semua manusia, ikhlas dengan semua ujian,...pasti Allah bersama. Cukup dengan adanya Allah, kita sebenarnya dah cukup kaya dan bahagia.

Still rasa impossible?

Then, i would like to invite you to change your life perspective, tukar mind program dalam kepala anda yang dah bergelumang dengan virus dunia, then you’ll find your answer for whatever questions and doubt you've had all this time. insyaAllah.

Hanya manusia terpilih. Jadilah manusia yang terpilih itu. Bermula dengan niat.


InsyaAllah, akan ada penulisan bersiri lepas ni hasil dari workshop AGP yang Subhanallah sangat awesome! Setiap insan yang pernah attend workshop ni, akan merasakan perasaan yang luar biasa. AGP 10,11 dan 12 are coming soon!

Check this out.


 Ruang untuk mencari solusi buat insan yang mencari makna kehidupan sebenar-benarnya.

Zon Selatan (Melaka) : 10-12 Januari 2014
Zon Tengah (Kuala Lumpur) : 7-9 Februari 2014
Zon Utara (Alor Setar) : 7-9 Mac 2014



Pergilah cari Allah. Cari hidup yang benar sebenar-benarnya. This is a must-go-workshop. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai persoalan kenapa kehidupan begini dan begitu. Lillahita'ala insyaAllah, you'll find the exact answer. (^_^)

Wassalam.

p/s: sebutlah nama Allah dalam setiap saat. insyaAllah hati akan hidup, dan mula mencari jalan yang benar~



Friday, November 29, 2013

15 - Modal untuk Cinta

Assalamualaikum,

(Facebook Status)

Modal Cinta yang sangat menguntungkan adalah Sabar.

sebab?

Innallaha ma'assobireen~

Sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang-orang yang sabar.
 


.....Maka yang memilih untuk tidak bersabar, apakah kamu fikir Cinta layak buatmu?


*********

Happily ever after tu hanya wujud di Syurga. Kat sana kita tak payah sabar, tak payah berperit jerih, atau memendam rasa bermain air mata. 

Kat dunia, ramai nak cinta sejati. Tapi lupa sabar, sampai asyik mahukan "barang free". Tak dapat, mula hentak kaki. Lupa, Allah selalu menanti. 

Ada Sabar, ada Allah, ada Cinta, ada Syurga.

Tiada sabar, lupa Allah, mungkin ada Cinta tapi takat Dunia, lepas mati, tak tahu kemana. 


Wallahu a'lam.

Wassalam.

p/s: tarbiyah dari sebuah movie Barat

Wednesday, November 6, 2013

14 - Aku Tak Kemana

Assalamualaikum,




Bilamana kau rasa kau kehilangan aku,
Carilah Allah...

Aku selalu di situ.



 photo credit to kak Yonna



Wassalam.

p/s:  Wordless Wednesday.

Thursday, October 31, 2013

13 - Kita Hamba Cinta Manusia??

Assalamualaikum,

(copied from my Facebook status)

Bismillah,

Nak tahu kita ni jadi 'hamba' cinta manusia atau tak, cuba bayangkan anda berpisah dengan si dia. Rasa meroyan ke tak?

Orang yang dalam hatinya ada Allah, dia yakin akan ketentuan Allah. Akan cepat redha dan tenang walau ditinggalkan. Sebab dia faham, Allah yang pegang hati manusia. Allah yang tanamkan rasa kasih dan sayang dalam jiwa. Allah juga boleh cabut semula rasa cinta. Allah pasti punya kisah yang lebih baik untuk kita akan datang. Pasti!

Harapan tak putus, kecewa tidak panjang. Tawa di luar, tangis cuma di hadapanNya. Tenang sentiasa.

Dan dia tahu, ada masanya cuma doa dan solat saja usaha yang ada.

Sebelum letak manusia dalam hati kita, letak Allah dalam hati terlebih dahulu. Nescaya, kurang rasa derita tanpa rasa tak boleh hidup tanpa dia kalau jadi apa-apa. Percayalah.

Kesimpulannya, carilah pasangan yang mahukan Allah dalam hatinya dan untuk kehidupan akan datang. Tak serban jubah tudung labuh tak apa. Bila hati mahu Allah, apa pun boleh. Nothing is impossible.

Hati yang mahu Allah, sedang didekati Allah lebih dekat dari yang kita jangka. Hati yang mahu Allah, sentiasa akan dibantu di atas jalanNya.

Berubah kepada lebih baik itu hak semua orang.

(^_^)

Wassalam.

p/s: Allah ada~