Assalamualaikum,
Baru pulang dari Kuala Lumpur Isnin malam.
Pergi untuk berjumpa miracle yang menjelma, pulang untuk memanifestasi miracle
tersebut kepada manusia-manusia pilihan Allah. InsyaAllah.
20 – 22 Disember 2013. Adalah
titik paling kemuncak sepanjang tahun 2013 so far. Tarikh ni adalah ruang yang
Allah takdirkan untuk aku jumpakan jawapan yang dah berapa tahun aku cari.
Sebelum ni, banyak fasa hidup yang aku rasa sangat messy. Aku selalu tanya
Allah, kenapa begini dan begitu. Ada masa aku jumpa jawapan, ada masa aku
buntu.
Banyak masa aku hidup dengan
mencari jawapan. Nak buat benda yang aku suka, tapi manusia tak bagi, sebab dirasakan
tak sesuai untuk aku. Diorang rasakan, tak berapa rewarding untuk mata dunia.
Aku hargai semua insan yang dah lakukan yang terbaik untuk aku, concern dengan
aku, dan cuba untuk bantu aku buat pilihan terbaik. Aku syukur sebab diorang
pun sebahagian dari perjalanan hidup aku. Allah kurniakan ilham, latihan
kesabaran, latihan kekuatan melalui diorang. Aku cari Allah pun melalui
diorang.
Namun, impian aku yang aku rasa dah lama
terkubur macam tak ada harapan nak laksanakan, rupanya hidup subur. Berjaya
survive setelah bertahun lamanya. Selama ni, benih impian tu hidup malu-malu
dalam rumah kaca tersorok. Rupanya, perlahan-lahan benih impian tu tumbuh.
Punya tunas yang segar. Ada harapan untuk menjadi pohon yang sihat dan rimbun
serta dapat beri manfaat.
Puzzle hidup yang bersepah, aku
dapat cantumkan, lepas Workshop Amazing Goal Praying yang merupakan program di
bawah Beautiful Life Center. Khalifah-khalifah yang berada disebalik BLC ni
sememangnya antara insan pilihan Allah yang mewujudkan ikhtiar bagi mengenalkan
kita-kita semua ni, kepada kehidupan yang sebenar-benarnya. Kembali pada
fitrah.
Kita sangka hidup kita dah betul.
Rupanya tidak.
Apatah lagi, kita sangka, kita
sepatutnya hidup begini dan begitu yang garis panduannya ditentukan oleh
manusia. Lalu kita rasa sakit dan derita sederitanya hingga ada yang rasa mahu
mati kerana disangka berdiri di jalan mati.
Workshop ni, dengan izin Allah,
dah mengubah perspektif ramai insan tentang kehidupan. Apa yang disangka pelik
bagi majoriti, itulah yang beri tenang pada kita. Apa yang dirasa tidak patut,
itulah yang lurus dari Tuhan untuk kita. Aspek Ego, adalah punca masalah semua
manusia. Racun Ego mampu menghancurkan dunia. Apa yang melanda dunia sekarang,
masyarakat setiap negara, peperangan, penderitaan, penindasan, dan sebagainya,
hasil dari pohon Ego yang rimbun menaungi dunia.
Workshop selama 3 hari ni,
mengajar dan menyedarkan betapa sombong dan egonya kita dengan Allah selama
ni.
Betapa riaknya kita dengan nikmat
yang kita ada ni. Menyangkakan semua yang kita dapat adalah hasil usaha kita.
Oh tidak. Langsung tidak layak untuk kita mengaku apa-apa pun kita punya.
Hatta, anak yang dikandung selama 9 bulan itu pun, yang dibesarkan selama
berpuluh tahun itu pun, yang diberi susu dari tubuh itu pun, yang diberi
kasih-sayang dan pengorbanan itu pun, bukan milik kita. Tetapi, amanah. Allah
beri anak sebagai amanah. Maka, amanah bagaimanakah sangkaan kita yang patut
kita laksanakan sebenarnya? Sudah pasti, mendidiknya untuk hidup menjadi hamba
Allah. Bukan hamba dunia.
Mana-mana manusia yang punya Allah
dalam hati, pasti haluan dan keputusannya berada dalam bimbingan Allah dan yang
terbaik diberi Allah. Biarpun pada manusia, kelihatan seperti asing dan aneh
serta rasa ragu-ragu, tapi, kalau pemilik diri itu, rasa tenang dan pilihannya
diredhai serta dikasihi Allah, maka bukankah itu sudah cukup?
Kita terperangkap dalam sistem
kehidupan yang diatur dan direka manusia. Sudah pun jadi mind program yang
rasmi kita-kita, sampaikan hidup sebagai surirumah pun dipandang seperti otak
kosong tak punya tanggungjawab.
- Sebahagian manusia kata, belajar sampai PHD itu pasti akan dipandang tinggi dengan menjanjikan kerja yang lumayan gajinya. Sesetengan manusia, memaparkan PHD sebagai simbol kepada “aku manusia berjaya dan bijaksana. Maka aku layak dapat kerja yang bagus serta gaji yang bagus. Maka, hormatilah aku, dan aku tak layak ditepis manusia yang bawah dari aku. Ilmu aku, aku punya. Ilmu aku, harus ada nama aku. Panggil aku Doktor, Professor. Dan siapa yang tak setaraf dengan aku, tak layak bersama dengan aku.”
- Sebahagian manusia kata, cari duit banyak-banyak, dah stabil ada kereta, ada rumah, kerja tetap baru boleh kahwin.
- Sebahagian manusia kata, jadilah pensyarah, kerana gajinya tetap, boleh buat loan, ada EPF, boleh dapat bonus dan elaun. Tak payah susah-susah. Gaji lumayan, hidup senang.
Adakah hidup kita sekadar untuk
security dunia, elaun, bonus, mengejar kemampuan membeli harta dunia?
Masalahnya manusia ni, kehendak
dalam hidupnya tak pernah cukup. Sudah dapat satu, nak dua. Sudah dapat tiga,
nak empat. Sampai bila tak akan habis kemahuannya.
Fokus manusia, hanya tertumpu
pada dunia. Mencari medium untuk menyelesakan diri dalam dunia. Mencari tempat
di dalam dunia. Supaya selesa dan bahagia dalam dunia. Sehingga lupa, dunia
akan hancur. Mati pun, dikapan kain putih. Bukannya kain emas. Dah terkubur pun
jadi makanan makhluk tanah. Apakah makna kita masa tu? Dunia yang kita rasa selesa pun membaham kita semula akhirnya.
Tanya pada diri, apakah sumbangan dan legasi kita pada manusia selepas kita? Untuk agama
dan akhirat? Dan akhirnya, apakah yang kita ada untuk Allah?
Workshop Amazing Goal Praying ni,
memberi kesedaran (awareness) tentang kita mampu buat apa pun di luar jangkaan
manusia, asalkan perkara tu diredhai Allah.
- Jadi engineer, jadilah engineer yang mengenalkan Allah melalui kerja anda.
- Jadi doktor, jadilah doktor yang mengenalkan manusia tentang Allah melalui kerja anda.
- Jadi tukang sapu sampah, jadilah tukang sapu sampah yang mengenalkan manusia tentang Allah melalui kerja anda.
- Jadi usahawan, jadilah usahawan yang mengenalkan manusia tentang Allah melalui urusan jual beli anda.
Workshop AGP ni mengajar kita
untuk bekerja, dengan Allah sebagai final destination. Allah terkandung dalam
proses dan end result dari segala usaha dan impian kita. Bukan setakat dunia.
Bila visi kita adalah mencari redha Allah, maka misi-misi kita yang lain, akan
align menuruti kehendak visi. Allah itu kan sumber segala nikmat. Sumber kepada
segala rezeki. Dan nikmat serta rezeki kepunyaan Allah itu Maha Melimpah-ruah!
Jadi, kalau kita buat segalanya kerana Allah, apa kerugiannya? Sumber milik
Allah itu sangat unlimited! Dia akan tetap memberi dan memberi. Sedangkan yang
kita tak minta pun Dia dah beri sangat banyak (oksigen, nyawa, air, udara,
deria etc), apatah lagi kalau yang kita minta kan? Jadi, bila kita sudah membuat pilihan kerana Allah, beranikah kita untuk meninggalkan perkara yang lain? Sediakah kita untuk keluar dari comfort zone untuk mencari redha Allah dan yakin, rezeki Allah tetap akan melimpah?
Contoh, seorang wanita yang
bekerjaya, ingin berhenti kerja demi menjaga anaknya sehingga besar dan ingin
memastikan anaknya breastfeed sehingga umur dua tahun. Maka, dia korbankan
kerjanya demi anak. Iaitu khalifah kecil yang Allah amanahkan untuk dididik
menjadi hambaNya. Inginnya dia mendidik amanah diberi Allah itu, supaya menjadi khalifah yang dapat menyebarkan cinta Allah pada dunia pula.
Pada pandangan masyarakat,
bekerja jadi surirumah itu merugikan kerana sumber kewangan keluarga akan
berkurangan, membebankan suami, malah dianggap otak akan semakin cetek ilmu,
serta dianggap tidak produktif dari segi pencapaian kejayaan (yang diiktiraf
manusia). Kerjaya yang tak hasilkan duit. Siapa mahu pandang kerja yang tak hasilkan duit kan?
Tapi, pada pandangan Allah, itu
jihad seorang wanita sebagai ibu dan isteri. Dengan menjadi surirumah, dia
dapat melihat perkembangan anaknya setiap hari, berpeluang menceritakan tentang
Allah sebagai Tuhannya setiap hari, mendidik dengan ilmu yang bermanfaat supaya menjadi khalifah Allah yang berjaya dunia akhirat, berpeluang mencurahkan kasih-sayang secara
maksimum dengan masa yang ada, berpeluang menyediakan makanan dan minuman berkhasiat
dari air tangannya sendiri yang disertakan zikir dan doa lalu menjadi darah
daging anak menghidupkan sel-sel tubuh sihat yang aktif dengan getaran kalimah
Allah dan doa ibunya. Dan lagi, si wanita itu dapat menyediakan diri untuk melayan
suami, punya masa untuk mengingatkan suami tentang Allah, punya ruang masa
untuk lakukan perkara yang menggembirakan dan mendamaikan suami, punya ruang untuk mencipta
kreativiti supaya suami lebih dekat dengan Illahi, dan macam-macam lagi peluang
yang si wanita boleh dapat melalui kerjayanya sebagai surirumah. Suami gembira
dan redha, automatik Allah pun akan redha dengannya.
Surirumah mungkin tak dapat gaji
yang lumayan di mata manusia, tetapi gaji akhiratnya masyaAllah, pasti
melimpah-ruah dan Syurga tak sabar menantinya di sana.
Manusia bermasalah dalam
keyakinan pada Allah. Sebab tu, dunia dijadikan kayu ukur dan dijadikan tempat
meminta. Masalah keyakinan pula hasil dari Ego. Ego dalam mengakui semua Allah
punya, ego dalam menerima ujian, ego dengan merasakan kita lagi betul, ego dengan memarahi manusia atas kesalahannya, ego dengan menyalahkan keadaan, ego dengan
menolak peristiwa yang menimpa, ego dengan sentiasa menyalahkan manusia yang
Allah hantar untuk menguji kita, ego dengan merasakan diri lebih baik dari yang
lainnya, ego dengan merasakan kita berhak dan layak atas segala. Padahal,
bukankah Allah lebih tahu hakikatnya yang pastinya terbaik untuk kita? Tiadakah
perasaan malu terhadap Allah akan sikap kita yang menyalahkan manusia dan
keadaan?
Sebenarnya, stress itu pilihan. Kita boleh je hidup tanpa stress, tanpa rasa tertekan. Tanpa rasa nak marah, tanpa rasa nak memaki apatah lagi rasa "kenapa aku diuji?".
Sebenarnya, stress itu pilihan. Kita boleh je hidup tanpa stress, tanpa rasa tertekan. Tanpa rasa nak marah, tanpa rasa nak memaki apatah lagi rasa "kenapa aku diuji?".
Segala peristiwa dan keadaan yang berlaku dalam hidup kita ni, hanya semata untuk bawa kita kenal Allah. Maka, sanggupkah kita marah atas sesuatu yang sebenarnya memimpin kita untuk lebih dekat dengan Allah? Bila diuji dengan hilangnya harta, baru kita kenal, harta itu bukan kita punya dan Allah saja yang boleh ganti semula. Allah boleh beri bila-bila dan sebanyak-banyaknya, Allah juga boleh ambil semula. Dia boleh ambil semula penglihatan, kaki, tangan kita, pendengaran, dan sebagainya. Allah boleh beri kita kesihatan, Allah juga boleh beri kita kesakitan.
Maka, workshop ni memberi kunci sebenar, bagaimana
cara untuk take charge of ourselves, lalu mendidik keikhlasan, melepaskan ego
pergi, maka berdamai dengan ketenangan dalam apa jua keadaan. Siapa yang mampu
tenang bila cuma makan nasi dengan telur dan kicap hari-hari? Siapa yang mampu tenang bila tiba-tiba kereta pancit ditengah jalan? Siapa yang mampu tenang bila ditimpa penyakit?
Siapa yang mampu tenang bila harus korbankan kerjaya bergaji tinggi demi impian
yang tak berduit dan demi agama?
Hanya hati yang ikhlas dengan
kehidupan, ikhlas dengan Tuhan, ikhlas dengan semua keadaan, ikhlas dengan
semua manusia, ikhlas dengan semua ujian,...pasti Allah bersama. Cukup dengan
adanya Allah, kita sebenarnya dah cukup kaya dan bahagia.
Still rasa impossible?
Then, i would like to invite you
to change your life perspective, tukar mind program dalam kepala anda yang dah bergelumang dengan virus dunia, then you’ll find your answer for whatever
questions and doubt you've had all this time. insyaAllah.
Hanya manusia terpilih. Jadilah
manusia yang terpilih itu. Bermula dengan niat.
InsyaAllah, akan ada penulisan
bersiri lepas ni hasil dari workshop AGP yang Subhanallah sangat awesome! Setiap insan
yang pernah attend workshop ni, akan merasakan perasaan yang luar biasa. AGP
10,11 dan 12 are coming soon!
Check this out.
Ruang untuk mencari solusi buat insan yang mencari makna kehidupan sebenar-benarnya.
Zon Selatan (Melaka) : 10-12 Januari 2014
Zon Tengah (Kuala Lumpur) : 7-9 Februari 2014
Zon Utara (Alor Setar) : 7-9 Mac 2014
Pergilah cari Allah. Cari hidup yang benar sebenar-benarnya. This is a must-go-workshop. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai persoalan kenapa kehidupan begini dan begitu. Lillahita'ala insyaAllah, you'll find the exact answer. (^_^)
Wassalam.
p/s: sebutlah nama Allah dalam
setiap saat. insyaAllah hati akan hidup, dan mula mencari jalan yang benar~
No comments:
Post a Comment