Pages

Friday, October 25, 2013

12 - Kenapa Aku Hidup?

Assalamualaikum,
Bismillah,

 (Copied from my Facebook status. Ini post yang sangat sangat PANJANG yang perlu 15 minit untuk habiskan. Selawat 3 kali dulu sebelum baca. Dan memandangkan ada kawan-kawan yang minta saya selalu kongsi apa-apa ilham, maka ini untuk saya dan awak awak semua. Semoga bermanfaat. InsyaAllah.)

Hari ni, ada few questions berlegar dalam kepala. So, ini ilham Maghrib tadi. Mungkin jawapan Allah untuk saya Faham apa tujuan dan fungsi saya hidup. Kalau rasa perkongsian ni berguna, kongsilah. Kalau ada yang salah, minta betulkan.


Dunia dan isinya hanya berfungsi sebagai 'alat'.

Insan yang kita sayang.
Jodoh kita.
Kawan-kawan.
Wang yang kita perolehi.
Ilmu yang kita belajar.
Pangkat dan harta yang kita ada.
Rumah yang kita duduk.
Jiran sekeliling kita.
Kucing yang kita pelihara.
Udara yang kita hirup.
Tubuh badan yang kita pinjam.
Etc.

The fact is, TAK ADA satu pun dalam dunia ni, adalah kita punya. Sebab, kita hidup untuk 'serve' pada Satu saja dan Yang Satu akan bagi kita 'alat-alat' supaya kita dapat pinjam dan guna untuk hasilkan 'persembahan' yang rewarding iaitu mendapat mendapat tempat kemenangan, Syurga.

Jadi, 'alat-alat' bukan tempat kita hamparkan harapan. Sebab 'alat-alat' tu HANYA milik Yang Satu. Maka, letaklah harapan pada Yang Satu yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Lain manusia, lain jenis, bentuk, dan kuantiti 'alat-alat' yang diberi berdasarkan peranan yang dipertanggungjawab pada masing-masing.

Contoh, seorang tukang jahit, takkan dapat jahit baju dengan menggunakan tukul besi. Atau, seorang doktor takkan dapat bedah pesakitnya dengan menggunakan spanar. (ok. ni je contoh yang dapat difikir. haha)

Tak semua orang boleh jadi tukang jahit.
Tak semua orang boleh jadi engineer.
Tak semua orang boleh jadi doktor.
dan lain-lain.

Tapi semuanya, adalah tujuan sama -- Allah.

Yang fakir miskin tiada 'alat' harta.
Yang kaya-raya pula, punya 'alat' harta melimpah-limpah.
Jadi, yang kaya peranannya bantu si miskin dengan 'alat' hartanya.
Bila peranan terabai, apakah 'alat' tu boleh bagi kita reward Syurga?

Kalau tukang jahit, tak gunakan alatnya untuk siapkan tempahan kain, of course mengamuklah pelanggan kan?

Maksudnya, peranan yang tak dijalankan, akan bawa masalah. Analogi masalah tadi dalam hidup boleh dikaitkan dengan Dosa dan Bala Bencana.

Bala bencana datang bila maksiat terlalu menggila. Bila Dosa lagi banyak dari amal soleh. Malaysia sedang mengalaminya. YES. Ia fakta yang kita kena telan. boleh start nilai dari diri sendiri dulu. Banyak maksiat dan perkara haram, malah kurang pula ibadah dan amal soleh, bagaimana Allah nak limpahkan Rahmat dan lindungi Malaysia? Kita tak tahu kita dah di tahap mana sekarang ni. Acheh pernah dilanda tsunami yang sangat dahsyat hingga ribuan terkorban. Ada pengajaran disitu, kalau kita tak ambil iktibar, akan datang Malaysia mungkin tak terlepas. Banjir sikit pun kita dah haru-biru. Bala itu, bila sorang buat salah, hukuman boleh kena pada semua termasuk yang tak bersalah juga. Again, contoh Tsunami di Acheh. Malaysia kena sipi-sipi time tu pun, ada juga yang terkorban.

Dunia cuma 'alat'.

Yang nak dipersembah adalah cara kita gunakan 'alat-alat' yang Allah bagi, di atas jalanNya. Kalau ke arah Dunia, bagaikan kita guna 'alat' untuk 'alat'. Bagai mengetuk tukul besi pada tukul besi.

Kalau salah guna 'alat' pulak, macam guna tukul besi pergi ketuk cermin rumah orang. Dah jadi kesalahan (dosa).

Ini termasuklah orang-orang yang datang minta bantuan pada kita dari segi nasihat, wang dan sebagainya. Kita selalu merungut, "bila susah cari aku, bila dah senang tu lupa aku. Menyesal je aku tolong. Ingat aku ni kaunter orang susah ke?". Menjeritlah kita di status Facebook dan Twitter hari-hari, komplen tentang 'alat-alat' (yang Allah bagi) menyusahkan kita hari-hari. Allah perhati.

Maka, kita dah terpengaruh dan tertipu dengan syaitan dan sia-siakan fungsi 'alat' tu tadi iaitu orang yang datang minta bantuan. Dari asal kita beri bantuan sepatutnya dapat reward pahala, tapi atas rungutan, tiada rasa bersyukur dan tiada ikhlas, kita kerugian langsung disitu. No reward. tetttt~

Sama juga dengan tubuh badan kita. Macam mana kita jalankan peranan untuk jaga tubuh badan kita dari segi kesihatan dan tutupnya aurat. Lagilah, tubuh badan ni amanah dan 'suara' kita sebagai saksi di akhirat nanti. Mata, tangan, telinga, kaki, setiap kulit tubuh (aurat) yang terdedah pada bukan mahram, setiap mata yang memandang aurat orang lain, jari jemari dan lain-lain. Besarkan peranan tubuh? Sangat!

Jadi, tanya pada diri sendiri HARI-HARI,
1) Macam mana cara kita gunakan 'alat-alat' yang kita ada ni?
2) Agak-agak, apa reward yang kita harapkan hasil dari cara kita guna setiap 'alat' yang kita ada?

Bila kita guna 'alat' hiburan, apa reward yang kita harap dapat disana nanti? So, choose the right entertainment. Berhibur tak salah. Pandai guna dan olah, jadi bermanfaat lah.

Kita ada 'alat-alat' yang paling indah Allah bagi. iaitu Al-Quran dan Sunnah. Itu 'alat-alat' paling awesome and the best Allah bagi sebagai "manual guideline" untuk tunjuk cara macam mana kita nak guna 'alat-alat' yang lain pula.

So, masing-masing kita semua boleh check diri sendiri. Terutamanya diri saya sendiri. Kalau kita boleh khatam berpuluh buku cerita, sudahkah juga kita khatam seluruh tafsir al-Quran dan fahamkan isinya dari Guru? Berpuluh kursus ilmu dunia kita pergi, tapi pernahkah kita cuba hadir kelas untuk 'baca' 'manual guideline' kita iaitu Al-Quran? Bahasa Arab pun kita tak faham. Tafsirnya pun kita tak rasa nak fahamkan. Kalau tak tahu 'manual guideline', macam mana nak operate 'alat-alat' yang lain?

Kita orang Islam, ada Al-Quran di almari/meja, tapi tak baca, tak faham Al-Quran, jadi.....?

Itu lah punca kita asyik merungut, lupa bersyukur dan rasa tertekan. Sebab salah cara guna 'alat'. (Saya lah tu). Tapi, Allah ajar saya melalui ilham hari ni. Moga tulisan ni dapat jadi peringatan sentiasa. Kalau saya lupa, sila ingatkan saya.

Harap ilham yang saya kongsi, dapat bagi manfaat dan bantu bagi sesiapa yang mungkin rasa lost "apa sebab aku hidup?" ATAU "kenapalah Tuhan bagi aku hidup macam ni?"..ATAU.."kenapa orang tu dapat tapi aku tak dapat? Tak aci betul."

Percayalah, Allah Maha Adil.

Kaya atau miskin, senang atau susah, cantik atau tak, semua ada tanggungjawab masing-masing Allah bagi. Jangan disangka kaya itu senang, tetapi mereka teruji dengan tanggungjawab harta yang sangat besar. Yang tak berapa nak berharta pula bersyukurlah sebab kurang harta yang akan dipersoal di akhirat kelak.

Elak dari asyik nilai dosa orang. Kalaulah dosa tu berbau, dalam kita asyik fokus bau orang je, entah-entah sampai tak sedar bau kita dah buat orang lain mati. ehehss..

Even kita manusia memang dicipta buat dosa, peranan kita kena usaha untuk Minimize jumlah Dosa dan Maximize jumlah Amal Soleh. Itulah Iman yang turun naik tu. Fokus pada pembaikan diri sendiri. Iman, biar turunnya sikit, tapi naiknya banyak. Barulah boleh mengundang Rahmat kasih-sayang Allah. Bila Allah sayang, Allah akan lindung dan jaga kita. Tak perlu takut untuk hidup di mana-mana bila hati dah sepenuh yakin dengan Allah. Simple equation, but hard to do. Sebab? Nafsu tak terurus.

Astaghfirullah.

Sebenarnya, macam panjang lagi ilham yang dapat masa Maghrib tadi. Harap ini dapat buat saya dan kita semua berfikir dan ubah minda supaya kita jadi insan yang tak merungut, jaga akhlak dan sentiasa tenang. Sebab, bila kita dah faham hidup kita untuk siapa, PASTI kita tenang. Kalau tak tenang, maka, tak lain dan tak bukan, check balik hubungan kita dengan Allah. Jaga solat, banyakkan solat taubat dan kerapkan Qiyammullail.

Janji Allah itu pasti.

Wallahualam.
Yang baik dari Allah.
Wassalam.

p/s: "Hari-hari adalah Sekolah"

No comments:

Post a Comment