Pages

Sunday, September 1, 2013

9 - Al-Faatihah buat Tokwan.


Assalamualaikum,

semalam aku selesai tulis entry panjang pasal arwah tokwan. but, decided not to publish it. i just keep in the draft for i think it's better that way for no reason. 


tokwan (datuk), the only grandfather i have left and loved me endlessly until the day he died. dari aku kecik, dia jaga. tidur pun selalu sebelah dia. bangun celik mata, tokwan tengah solat subuh. bau minyak rambut tokwan still aku ingat sampai sekarang. dulu kampung aku, flat kecil di Flat Kampung Melayu, Penang. kecil tapi bahagia. paling aku ingat, aku main kat luar sampai kaki kotor, balik kena marah. itu first time tokwan dan tok marah aku sangat-sangat sampai aku menangis atas katil tak keluar bilik. 

tokwan sayang. dia tak bagi balik lewat lepas Maghrib. arwah tokwan sangat disiplin dan tegas orangnya. tapi, penyayang. aku mengaji Quran dengan tokwan. dia pernah belikan aku set mainan doktor sebab dia berharap tinggi untuk aku jadi doktor supaya boleh rawat dia bila dia tua dan sakit.

aku still ingat segala pesanan dia. garangnya tokwan memang digeruni cucu-cucu. tapi, nasihat dia sangat mendalam. nikmat dapat dengar nasihat tokwan, berakhir masa tahun pertama aku baru masuk UIA Gombak. tokwan jatuh kat dapur masa gaul nasi untuk kucing. kena serangan strok. lalu lumpuh sebelah badan. sampai tahun ni dia menderita macam-macam sakit. sebelum dia jatuh lumpuh, dia demam. time dia demam tu, sebelum aku masuk uia, 3 hari tokwan call aku berturut-turut minta aku balik kampung sebab rindu. tak sangka itu last aku dapat borak dengan tokwan secara normal. pesanan akhir tokwan yang aku paling ingat, sambil dia peluk pegang bahu aku "jaga solat. jangan tinggal". tokwan selalu nasihat aku bab-bab agama paling utama. lepas tu, pelajaran. then, dia rajin bercerita kisah-kisah lama. 

hari ke-6 aku orientasi di uia (2007), dapat berita tokwan jatuh. luluh hati, Allah saja tahu. lepas doktor kata tak ada harapan dan dihantar ke rumah dan bertawakal, aku balik dan tidur 3 hari di sisi tokwan, aku suapkan susu melalui tiub. masa tu tokwan koma. tak bangun seminggu. tapi, alhamdulillah, tokwan dah bangun semula dengan izin Allah dan masih dapat teruskan kehidupan sampai 2013. tapi, dalam keadaan yang sangat teruji. lumpuh sebelah badan, tak dapat bercakap. dan sakit yang lain makin datang from time to time. semoga dengan segala kesakitan, segala dosanya bersih dan melayakkannya masuk ke syurga. ameen~

tokwan sebelah abah aku meninggal sejak aku umur 6 tahun kot. tak ingat. jadi, the only kasih sayang tokwan yang sangat ultimate aku dapat adalah dari tokwan aku yang bernama Che Ismail. atau nama sebenarnya Che Mek (orang dulu2 tulis dalam surat beranak).  sepanjang aku hidup, dia sangat concern dan tak jemu bagi aku nasihat. dia sangat pentingkan pelajaran. selalu dia call bercakap dengan aku. aku rindu suara dia.

the moment aku tengok kondisi tokwan dah tak macam dulu, Allah je tahu betapa gelap dunia aku time tu. tapi, alhamdulillah. aku dapat peluang uruskan tokwan sepanjang dia sakit walaupun tak selalu. sebab aku masih belajar di uia. dan yang menjaga full time adalah paksu aku. so, bila aku balik kampung, aku bancuhkan susu, pakaikan pampers, kain pelikat, baju, minyakkan rambut, sikatkan rambut, potongkan kuku, pakaikan bedak, urut dan cuba penuhkan kehendak dia even dia tak boleh bercakap. kira, faham ikut instinct yang Allah bagi bila dia mintak itu ini dengan isyarat tangan dia saja. mencabar, dan kesabaran memang pertaruhan yang sangat tinggi untuk provide kasih-sayang dalam kondisi berbeza.

lama-lama tokwan kena pakai tiub disambungkan ke pundi kencing. jadi perutnya ditebuk. tiub sana sini. ke mana-mana, dengan beg isi urine. terseksa kami yang melihat. bertahun tokwan kena hadapi kondisi tu. jadi, pengurusan mandi, lebih particular diambil alih pakcik dan paksu secara tetap dan bergilir. aku cuma mampu angkat tokwan untuk duduk atas kerusi roda dengan bantuan orang lain. cuma tahun ni, tokwan makin uzur, pengurusan diri tokwan dibuat oleh paksu dan pakcik secara total. dari aku, segala apa  yang aku mampu, aku akan buat. kadang-kadang, kesabaran terbatas sebab tokwan boleh grumpy dan kita tak faham apa dia cakap dan mahu. jadi, aku akan serah kat tok. sangat menyedihkan bila kita tak dapat nak faham apa dia cakap. tak dapat nak bayangkan betapa tertekannya perasaan tokwan bila dia nak sesuatu, atau nak sampaikan sesuatu, tapi orang tak faham. bila dia bersuara, hanya bunyi yang sama keluar. yang jelas cuma perkataan "Allah". Allahuakbar~

ujian buat tokwan dan anak cucunya. siapa yang berpeluang uruskan tokwan lebih banyak masa, besar ganjarannya. lebih-lebih lagi tok, paksu, pakcik dan bonda. aku cuma dapat uruskan bila aku balik. dan aku syukur saat-saat akhir seminggu sebelum tokwan pergi, dia nak aku yang suapkan susu. time tu dia dah kena minum susu melalui botol dan straw. dia dah tak makan makanan lain selain susu. dia dah tak boleh duduk macam biasa dan badan makin susut. progress yang semakin memberitahu tanda supaya bersedia. 

since Ramadhan, tokwan dah berubah perangai. dia dah tak selesa ditinggalkan seorangan. dia tidur, nak berteman. taknak langsung sorang-sorang. dan lepas raya, selain tok dan bonda, tokwan nak aku temankan dia tidur sambil tangan aku dipegangnya. time tu, aku tahu. tokwan dah tak lama. 

seminggu selepas tu, 20 Ogos 2013 bersamaan 13 Syawal 1434H, tokwan dijemput Allah around jam 1.20am. aku dapat berita tokwan nazak jam 10pm malam sebelum tu masa aku dalam kuliah tafsir Quran. bonda bertolak balik dulu. aku tak dapat nak rush balik sebab aku ke kuliah tu tumpang orang. bila aku balik rumah dan kemas-kemas barang, bonda call, tokwan dah tak ada. aku tak sempat jumpa tokwan saat akhir. saat dia pergi. tapi, aku syukur sebab tokwan meninggal dalam keadaan dialunkan kalimah Allah dan dikelilingi anak-anak dan cucu-cucu yang lain. dan tokwan pergi dengan mudah. tok kata, tokwan senyum.

sepanjang aku drive ke kampung, Allah je tahu keadaan aku time tu. syukur A temankan aku dalam phone. itu rasanya first time aku menangis yang aku tak boleh control. aku tak boleh fokus drive, ditambahkan dengan hujan. terima kasih A sebab sanggup tenangkan aku sampai aku masuk Penang. sampainya aku kat kampung hampir 5am, ruang tamu ada katil dimana jasad tokwan dibaringkan disitu. aku pergi, selak kain dan tenung. tak ubah macam dia tengah tidur. aku sentuh pipi, cium, sedikit dingin. dan kaku. 

tokwan dah tak ada. 

macam-macam aku fikir sepanjang aku bacakan Yaasin. pahitnya kehilangan orang tersayang....ya Allah.

after all, alhamdulillah, pengebumian tokwan sangat mudah dan tanpa halangan apa pun. tak ada ujian. semua mudah dan pantas. sebelum tengahari, dah selesai. suasana sangat hiba bila saat tokwan dikapankan. semua cium tokwan untuk kali terakhir. paling sebak, sebab kulit tokwan sangat sejuk.

itu pertama kali aku kehilangan orang yang paling aku sayang. saat paling syahdu bila tengok sepupu-sepupu angkat keranda tokwan. cuma, aku tak sempat tengok tokwan dikebumikan sebab time tu aku ambil tok nak bawa ke tanah perkuburan. tok dah tak mampu jalan sangat. jadi, kena naik kerusi roda. mujur tanah perkuburan sangat dekat dengan rumah tok.

semoga Allah selamatkan tokwan dari azab kubur, dan masukkan ke syurga tanpa dihisab.ameen!


rutin baru lepas ni, setiap kali pulang kampung, ziarah kubur tokwan. 

ada satu time aku ingat, tokwan pernah tanya, walau dia tak dapat cakap, tapi dia maksudkan kahwin dengan isyarat jari. kiranya, bila aku nak kahwin. agak kelakar sebab dulu dia selalu pesan belajar dulu, jangan bercinta. bila dia tanya pasal kahwin, aku cakap, insyaAllah aku akan bawa datang calon jumpa tokwan. dia angguk dan senyum sambil genggam tangan aku tanda "tokwan selalu doa yang terbaik". macam yang dia selalu cakap dalam phone dulu-dulu masa dia sihat. dan sepanjang tokwan sakit, aku kerap mimpi aku borak dengan tokwan. kalau aku mimpi tokwan, dalam mimpi tu tokwan boleh bercakap dan aku mimpi dia borak-borak dan bagi nasihat and pesanan. rasa macam sangat real.

dan yang paling aku akan ingat, paling akhir saat aku spend dengan tokwan adalah, time dia panggil aku masuk bilik. sehari sebelum tu dia grumpy tak nak orang suap susu. bonda panggil aku suapkan dia susu sebab dia tak nak bonda suapkan. bila aku nak suapkan, dia grab botol dari aku dan nak suap sendiri. jadi, layankan dengan sabar. 

malam dia panggil aku tu, dia terus tarik tangan aku dan letak di dada dia sambil muka berkerut dan sedih. berkali-kali dia tepuk-tepuk kan perlahan tangan aku kat dada dia. aku tahu, dia macam rasa bersalah sebab dia buat perangai malam sebelum tu. mata tokwan berair. aku kata "tokwan, arina tahu tokwan sayang arina. arina pun sayang tokwan sangat-sangat. Arina selalu doa tokwan masuk syurga"...aku cium dahi dia tanda beritahu aku sayang dia. aku tahu, time tu, tokwan akan pergi bila-bila masa. dia cium tangan aku dan tak lepas genggaman. lepas tu, dia lelap tidur. aku menangis tengok dia tidur. memikirkan macam mana bila dia tak ada. tapi, aku sangat mendoakan yang terbaik. untuk tengok dia menanggung kesakitan, tak terperi derita.

bak kata A "kalau kita nak dia stay, kita selfish. Allah tahu ni yang terbaik. Allah lagi sayang dia."


semoga aku dapat jumpa tokwan di syurga. yang tinggal sekarang, tok. dia je yang tinggal untuk aku jaga betul-betul dan spend masa sebaik mungkin. kesihatan dia pun tak berapa sangat sekarang. kemampuan dia berjalan dah berkurang. dan mula pakai tongkat. aku harap, tok sempat tengok bakal keluarga aku. aku harap, sempat bakal anak aku kenal nektok dia. tok concern dengan aku tak kahwin-kahwin lagi. asyik tanya pasal calon. insyaAllah, sampai masa, aku bawa datang jumpa. ameen~

tok dan tokwan ibarat ibu bapa kedua aku. kecik-kecik aku adik beradik dijaga diorang dengan penuh manja yet tegas dan penuh kasih-sayang. tapi, aku tahu. realitinya, Allah tak jadikan dunia ni kekal selamanya. itulah tarbiyah dari realiti kematian. sayang macam mana pun, tempat kekal adalah di akhirat. dan bagi kita yang hidup, amal ibadat dan doa je yang boleh supply bekalan berterusan untuk yang dah pergi. semoga roh tokwan tenang damai. harap semua dosanya dah terhapus sepanjang dia menanggung kesakitan. 


Aidilfitri 2010.



sebelum tidur, aku dengar ni bila aku tak dapat baca.
by my favourite Quran reciter, Sheikh Mishary.






Al-Faatihah. 
arina sayang tokwan. selalu.
jumpa di syurga nanti! ameen!


Wassalam.

p/s: it's hard.

1 comment: