Pages

Thursday, August 15, 2013

8 - Bila Habisnya Ramadhan

Assalamualaikum,



ada satu pengajaran untuk kehidupan bertarikh hari ni. aku rasa, ada effect dari kehadiran syaitonirrojim jugaklah. sebab perit semacam rasa. sepanjang Ramadhan, perit ujian dia lain macam feeling dia. senang tenang. tapi bila dah habis Ramadhan, emosi senang kena jentik bila kena uji. tapi, makin tua ni, mulut aku malas nak buka kalau rasa tak best. aku lagi suka diam. tapi, fikiran dok fikir isu yang sama. tak menjerit di mulut, menjerit dalam hati.

well, hari ni aku start pos segala order buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki. almaklumlah, raya agak lama di kampung. sampai rumah, kena setelkan cepat hantar order. dan, sesampainya aku kat post office, tiba-tiba stok sampul plastik bungkusan habis. aku frust jap memikirkan sesuatu dan abang kaunter cakap diorang tak tahu restock bila. maka, aku sedih pasrah dan fikir Allah nak uji aku hari ni. better aku ready untuk battle dengan perasaan sendiri plus, ada bisikan yang tak best dalam kepala (syaitonirrojim lah tu). 

Tuhan Maha Tahu aku rindu gila bulan Ramadhan. rasa nak menangis sebab even aku stress dalam bulan Ramadhan, dia punya tenang damai tu mudah. bila dah habis Ramadhan, bayangkan ada semacam hasutan jahat dok berlegar dalam kepala yang nak aku marah emosi. aku kalau rasa nak marah, aku tak boleh nak marah. tapi aku akan sakit kepala and nak menangis. lepas tu rasa nak isolate diri. itu kalau marah sangat-sangat la. tapi hari ni, aku rasa tak sedap kepala disebabkan banyak fikir. urat kat belakang leher pun tegang. (over habis description aku) hasil dari isu yang dah piling up dalam kepala sejak dari first day Raya. setiap kali rasa nak marah ada, aku fikir, balik-balik aku akan marah Allah. sebab Dia yang atur semua ni. so, aku memang tak jadi marah. istighfar banyak-banyak. adventure sungguh kena seciput ujian.

dah tu, aku masuk dalam kereta, aku termenung jap sambil fikir, aku nak buat apa. sebab aku nak siapkan kerja lain. tentu-tentu aku tak keluar dah esok. then, terfikir kawan aku Nadiah, publisher buku mini ni. aku whatsapp dia tanya pasal sampul kalau dia ada lebih, then aku nak beli.

sebelum dapat reply dari dia, aku dah memandai drive sambil berzikir segala yang aku mampu (saranan buku MMR), menuju ke office dia in case dia kata ada lebih, then aku dah jimat masa. kalau takde, aku pasrah and go for 2nd plan iaitu gi town ada post office kecik lagi satu yang maha sesak lagi senak dada. tapi, betapa magicnya Subhanallah aku dapat reply kawan aku cakap, sampul ada. dan aku lagi 5 minit time tu nak sampai office dia. alhamdulillah untuk sepanjang perjalanan. 

sampai office dia, memang ngam-ngam jumlah sampul cukup untuk jumlah bungkusan yang aku nak pos. time tu dah jam 4 lebih. post office tutup jam 5. 

nak dijadikan cerita, sehari sebelum, Nadiah whatsapp aku tanya khabar and kitorang plan nak jumpa lepas aku siap kerja assignment master aku dalam minggu depan. sekali, Allah takdirkan jumpa hari ni. Allah dah atur. kata Nadiah, "udara hampa dah ditakdirkan kat sini" ("hampa/hangpa" : "awak" dalam loghat utara). bila jumpa salam peluk semua. borak-borak. sambil tulis alamat customers, sambil dengar ceramah Ustaz Yusuf Mansur (penulis buku Undang Saja Allah) yang Nadiah pasang sambil buat kerja kat laptop. sedap ceramah dia. lepas tu, order 3 buku dari Indonesia termasuklah buku Ustaz Yusuf Mansur tu. dah selesai semua, undur diri nak bergegas ke post office. alhamdulillah elok cantik ada parking kosong. dan sempat pos semua. time tu dah 4.48pm masa sampai post office.

masa diuji, aku rasa resah gelisah sebab clueless apa nak buat next. dengan memikirkan urusan lain yang masih tak selesai. tapi, betapa pentingnya SABAR dan HUZNUZON (bersangka baik) dengan Allah, sampai Allah setelkan semua dengan plan Dia dan siap include extra event (bagi aku) lagi dalam masa SEJAM je. dan pertambahan ilmu (i believe it's guidance from Allah) dengan order buku. and insyaAllah next month dapat. tambah ilmu, tambah iman. 

cantik aturan hari ni. in fact, memang all the time perjalanan yang Dia atur adalah cantik. it's just the way we see it sometimes, not from the right angle. then, we have to change. that's why i'm writing this. supaya aku dapat kumpulkan sebanyak mana hikmah untuk hari ni, untuk aku delete segala elemen negatif siang tadi dari bertapa dalam hati aku. tak mudah nak bersabar dengan hadirnya syaitonirrojim. ada je nak menyelit bisikan-bisikan halus. kalau korang observe diri betul-betul masa Ramadhan dan rasakan perbezaan bila sebelum Ramadhan dan selepas Ramadhan, for sure korang akan rasa sendiri level Iman tahap mana. benarlah Ramadhan tu bulan nak cuci segala. cuci rohani, cuci jasmani. time nak upgrade iman dan taqwa pun memang Ramadhan lah. sebab tak ada syaitonirrojim. tinggal nafsu saja. dan sekarang, for the real battle. untuk apply hasil dari 'tabung iman' Ramadhan. tengok-tengok, level iman aku masih low rupanya. astaghfirullah. tak apa, cuba lagi.

harap tulisan ni jadi reminder untuk diri aku akan datang. dan siapa yang membaca, mungkin ada hikmah yang Allah nak korang ambil. yang jelik, dari kelemahan aku sendiri.

bear in mind, segala yang baik adalah dari Allah. dan menulis itu medium aku berbicara dengan diri sendiri, sementara Allah berbicara dengan aku melalui ujian. bahkan sebenarnya, Allah sememangnya berbicara dengan orang beriman itu melalui ujian. 

Allah Maha Mengetahui betapa besarnya impak buku Mudahnya Mencari Rezeki dalam hidup aku. aku tengah usaha untuk memudahkan rakan dan orang sekeliling supaya dapat access content dalam buku ni. sebab isi dia sangat cantik untuk jadi starter bagi yang mahu berubah jadi better Muslim. persepsi dan sudut pandang aku pasal kehidupan dan rezeki dah berubah. tengah memacak yakin bagi tegar kukuh.


tak mudah, tapi Allah ada.


btw, selamat berpuasa Enam!


Wallahualam.

Wassalam.

p/s: Ramadhan dah berakhir...taqabalallahuminnawaminkum~


1 comment: