Pages

Sunday, September 15, 2013

11 - Mahalnya Syurga

Assalamualaikum,


sungguh bila kita dah jumpa cara, tapi nak buat, tengah buat, datanglah konco-konco penebas semangat. Ustaz pesan, jangan termenung sebab tu macam bagi lorong masuk untuk syaitonirrojim untuk goyahkan pendirian kita. aku dah ter-termenung. hohoho..err...(ehem) baru rasa semangat berkobar seminggu lepas, tiba-tiba minggu ni rasa diri useless tak pasal-pasal. segala to-do-list minggu lepas untuk minggu ni, 2% je buat.

persoalan, adakah dengan semakin meningkat performance dan penambahbaikan dalam amal ibadat, akan membuat syaitonirrojim bertukar pangkat dari hampeh kepada sarjan? (amboi over). aku rasa elok-elok je minggu lepas aku jalankan rutin kebiasaan. tup-tup, lama-lama ada yang spoil and ada cebis rasa negatif kat diri sendiri. habit fikiran sendiri ke macam mana tah ni. selalu aku bincang benda ni dengan someone. but, Tuhan tarik nikmat perbincangan tu, dan aku kenalah hadap isu kritikal ni sorang-sorang secara independent. i never thought this journey for this phase would be this difficult. 

susah jugak nak jadi manusia matang ni. sebab, kalau dari sisi seorang perempuan, pengawalan emosi tu menunjukkan tahap kematangan. bayaran untuk khidmat kawal emosi adalah Sabar. bak kata someone, aku ni passive aggressive. baru semalam aku baca info pasal tu walau dah lama aku dapat gelaran tu. makin complicated aku rasa jadi diri aku.  (boleh pulak..hohoho~)

nak tulis entri ni pun mencabar sebab takut tabiat lama masa tulis blog lama, diaplikasi dalam blog ni secara tak sedar. bertabahlah nak~

up to this point, situasi ditelan mati emak, diluah mati bapak masih tak selesai. well, bak quotes yang bersepah di google membincangkan, kalau tak setelkan sesuatu masalah tu, sampai bila pun tak selesai. hati berat. and this situation is critical. yes. i'm fully responsible for how i spend every second in my life. therefore, i'm doomed~

pembuktian kebolehan untuk beristiqamah.
pembuktian determination.
eh. sama la kan dua-dua tu. hohoho~

sometimes, Arina is so hampeh you know. today she is full with motivations, the next day, she'll be lying on bed thinking that the world is going to end. 

today i got sentap with an FB status by my dearly friend. katanya, bila kita lakukan sesuatu kerja sesungguhnya, bererti, kita menghormati pemberian Allah. aku rasa macam Allah tibai hati aku. Allahu.. how to handle these multiple inner conflicts? aku fikir, ni kerja syaitonirrojim. mesti. (putting all the blames on syaitonss..yeah~)

tak lawak. yes. i'm in struggle with many things. i guess, everyone is struggling with their own life as well. some, worse.


lagi-lagi, dua hari lepas kot, salah satu hari yang sentap jugak. sedang aku scroll newsfeed FB yang tak berapa nak menarik, aku terbaca status Yasmin Mogahed.

Oh. My. God. I'm sitting at a table in Gloria Jean Coffee shop in the middle of a mall and there are 2 (non-Muslim) women at the register having a conversation. I'm not hearing any of it. And then all of a sudden one sentence becomes completely clear: "When you love someone more than God, (you will get hurt) and God will test you."
My life is just strange, subhannAllah."


aku pun Oh.My.God. then, berlakulah speechless of the day.


sisi pandang aku terhadap ujian dan kehidupan, masih belum berada pada koordinat yang tepat. jauh. bila aku tanya seorang ustaz, kenapa hidup begini dan begitu? katanya, itulah harga syurga. Allah dah kata, "tidaklah kamu itu dikatakan beriman, sehinggalah kamu diuji". no shorcut shortcut. yang ada, cuma cara. cuma nak pakai guna atau tak. 


dengan Iman yang masih tipis ni, layakkah ke syurga...?



Wassalam.

p/s: no wonder.

1 comment:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 3
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete