Pages

Sunday, July 6, 2014

20 - Ramadhan 1435H Telah Tiba - Refleksi Terawikh

Assalamualaikum,

Bismillah,

Alhamdulillah wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Dah masuk pun Ramadhan 1435H hari yang ke-8. Blog sunyi. Tapi, aku tetap masih menulis tapi bukan di sini. Banyaknya di Facebook. Mungkin sebab interface yang mesra menulis. Hanya bukak melalui phone dan update status tanpa banyak kerja.

Terbaca, hasil usaha gigih seorang sahabat yang menerbitkan tips menulis blog di FB beliau, buatkan aku fikir, apalah alasan aku untuk tak menulis sebenarnya? Bukanlah salah kalau tak menulis. Tapi, berbalik kepada niat asal aku mewujudkan blog ni since 2006 yang dah berevolusi dari tahun ke tahun hingga sekarang ni, niat aku adalah untuk menyampaikan terutamanya kepada diri sendiri dan pembaca yang dipilih Allah untuk membaca.

Apa impak negatif kalau aku berhenti menyampaikan? Yakni berhenti atau malas menulis?

Of course lah manusia itu dalam kerugian.  Seperti yang ternyata dalam Surah Al-'Asr (1-5), "Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Rugi banyak bila tak menyampaikan sedangkan kita punya ilmu dan kesedaran. Tetapi hanya tertakluk kepada ilmu yang align dengan Quran dan Sunnah.

Mudah-mudahan, blog ini menjadi saksi aku di akhirat nanti. Dan ini menjadi ruang legasi yang aku tinggalkan bila aku dah tak ada nanti. Dengan itu, bermulanya detik ini yang diizinkan Allah di jam 1.20 pagi, 6 Julai 2014 bersamaan 8 Ramadhan 1435H ini, aku mohon ya Allah agar kau bimbing dan iringi setiap bait kata yang akan aku taip ke dalam blog ini. Semoga setiap baris penyampaian adalah ilham dari Kau ya Allah..bukan dari keegoan dan nafsu aku. Limpahkanlah kebijaksanaan dan kefahaman dalam penyampaian blog ini ya Allah.

Semoga bermanfaat sebanyak-banyaknya hingga bila-bila. InsyaAllah. Ameen ya Rabb!


Aku bersyukur dengan sehingga umur kini, aku dikurniakan nikmat untuk melalui Ramadhan kali ini dengan cara yang sangat berbeza dari sebelumnya. 

Alhamdulillah. Aku berpeluang menikmati Ramadhan kali ini dalam KESEDARAN. Sedar yang hidup sebelum ini adalah bukan kehidupan yang sebenar yang Allah mahukan. Sedar bahawa dunia ni sememangnya tipu daya yang sangat memabukkan sehingga kita sukar nak keluar. Kini, aku masih dalam pergelutan untuk keluar dari ruang itu secara total. Trust me, it's not easy. But we have no other choice. Sebab itu saja PILIHAN yang ada untuk Syurga. Melainkan kita memilih untuk kekal di dunia ini dan hancur bersamanya.

Dulu, aku lalui Ramadhan dengan cara yang tak betul-betul memaknainya. Pergi solat terawikh pun ada rasa "bila nak habis ni"....tudiaa....sedih! Astaghfirullah.

 Tapi tadi, 1st solat terawikh aku. Agak mencabar la bila nak tukar habit lama ke habit baru. Tapi, demi Allah, aku push untuk stay for 20 rakaat. Tidaklah susah pun sebenarnya dan Allah betul-betul memudahkan sebab imam pun baca sederhana dan kelajuan yang seronok. Jadi, aku boleh hayati dan amati pembacaan dalam keadaan sangat berusaha walau payah. Melawan rasa mengantuk bagai. Dalam hati, aku tahu aku tak punya daya melainkan Allah saja yang bantu aku untuk aku terus fokus dengan solat. 

Sememangnya, aku dapat peluang merasa ada seperti satu peristiwa transition di mana sebelum tu aku mengantuk tak tahu nak kata. Bila habis je 8 rakaat, aku stay, and nak solat ke rakaat-10, tiba-tiba rasa segar bugar. Dan dari aku dok struggle nak hayati Al-Faatihah dalam mengantuk, tiba-tiba rasa susah tadi ajaibnya hilang. Satu beban tiba-tiba hilang. Honestly, masa datang solat terawikh, aku memang niat nak buat 8 je. Even ayahanda kata "Kita buat 20 tau" ...aku cebik sambil kata, "Tengoklah macam mana. Kalau imam tu baca Faatihah 5 minit, memang 8 je la Arina buat. hohoho." Lemah plus lemau sebab aku melayan mengantuk yang datang dari mana tah menyerang sejurus aku keluar rumah nak ke surau. Aku redha ya Allah, aku ikhlaskan.

Sambil tu aku soal diri aku, kenapa sebenarnya aku datang solat terawikh ni? Adakah sekadar ritual? Atau aku benar-benar mahu perform solat terawikh ni Ikhlas kerana Allah? Lagilah mengantuk bila dah sampai surau. Masuk je, eh, ada saf kosong depan sekali. Elok pulak bawah kipas. Sejuk alhamdulillah.

Aku dapat rasa, Allah sediakan ruang special untuk bantu aku solat terawikh dengan enjoy. Lepas 2 rakaat selesai, aku dengar, imam baca boleh tahan best sebab tak meleret dan panjang lebar. (kalau panjang lebar pun apa masalahnya kan? huhu)

So, aku mula terdetik, "Ok lah. Solat 23 malam ni".

Allah je yang tahu, berapa kali dah aku menguap sepanjang 8 rakaat tu. Dalam hati, aku merayu-rayu ya Allah, aku nak sangat perform solat baik-baik, dan aku nak sangat Kau terima solat aku. Aku nak sangat terawikh ni dilaksanakan dengan sempurna. Aku tahu, Allah je yang boleh bantu aku dan hilangkan segala mengantuk tu. Aku redha dengan rasa mengantuk dan aku redha dengan rasa blur sebab tak boleh nak follow bacaan imam.

Setel je 8 rakaat, aku rasa macam kena simbah air. Alhamdulillah aku dah boleh fokus apa imam sebut walau aku tak faham makna. Tapi, aku cuba fokus pada sebutan dan berharap, moga ayat-ayat bacaan imam jadi peringatan dan doa yang baik-baik untuk semua orang. Aku percaya ayat Allah paling powerful dalam dunia ni. So, aku latih diri, walau tak faham makna, aku belajar hayati bacaan. Lagipun, solat kan doa.

Pengalaman terawikh tadi, tentang kesedaran bahawa yang kita ni manusia. Nak buat apa-apa, kita memang tak boleh buat kecuali dengan izin dan bantuan Allah. Kita memang tak ada apa-apa termasuk kudrat. Sabar, semangat, semua Allah yang bagi. Cuma kena luruskan niat, minta dengan penuh berharap, ikhlas dan redha dengan ujian, dan berserah sepenuhnya pada Allah sambil melalui situasi tu demi Allah.

Tak mudah. 

Tapi, tak mustahil. Just do it dengan penuh penuh Ikhlas.

Aku harap Ramadhan kali ni, dapat menjadi platform untuk aku kembali kepada diri aku yang Fitrah. Sebelum menjelang Ramadhan ni hari tu, aku ada perasaan bercampur-campur. Dok rasa, aku ni tah-tah meninggal dalam Ramadhan atau tak sempat kot? Tapi, alhamdulillah. Until now, aku masih dalam perjalanan Ramadhan. Syukur ya Allah! Aku sangat suka Ramadhan sebab bulan yang penuh ketenangan, penuh ruang dan peluang untuk kebaikan. Lebih-lebih lagi, bulan ni bulan battle dengan nafsu dan ego sendiri. Jadi, aku tahu lah nafsu dan ego aku tahap mana sebenarnya untuk aku urus dan let go.

So, aku buat goal praying untuk lalui Ramadhan ni dengan betul-betul. Aku design perjalanan Ramadhan aku dan aku detach dengan hal-hal lagha dulu. Alhamdulillah so far, action plan banyak terlaksana. Cuma, habit yang dah sebati dengan hati ni, banyak cabaran dalam nak uruskannya. 

Azam aku, aku nak get rid 3 bad habits dan tanam 3 new good habits.

Dalam masa yang sama, proses ni juga akan hasilkan diri aku untuk menempuh fasa baru nanti. Supaya, bila sampai masa aku jadi isteri dah tak berapa lama je lagi dan ibu di masa akan datang, insyaAllah time tu, aku lebih prepared dan lebih mudah urusan. 


Pentingnya kita design perjalanan kita dengan berfokus pada 3 formula ini:-

1) Heal the Past
2) Live in Present
3) Create the Future

Alhamdulillah. Banyak perjalanan yang aku design sebelum ni, terlaksana dengan baik bersama izin Allah. Mulakan segala impian dengan meminta pada Allah. Allah diawal segala-galanya maka kita akan redha apa yang berlaku selepas tu kerana yakin, itulah yang terbaik untuk kita yang dipilih oleh Allah. Kalau kita tak minta dengan Allah terlebih dahulu sebelum menerbitkan ikhtiar fizikal kita, itulah permintaan nafsu dan ego kita, yang bila sesuatu terjadi lepas tu, kita akan banyak menyalahkan pihak-pihak tertentu. Sebab kita tak memahami betul-betul apa maksud "segala yang berlaku adalah dengan izin Allah."

Minta pada Allah, maka Allah akan iringi perjalanan kita dengan ilham dan bantuanNya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, selesai satu post untuk hari ini untuk peringatan diri aku sendiri. 

Semoga kalian yang mambaca mendapat manfaat.

Astaghfirullah.
Wallahu a'lam.

Wassalam.

p/s: Ramadhan bulan nak tranform Hati yang terbelenggu