Pages

Wednesday, August 19, 2015

24 - Kita Adalah Pilihan Kita

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah hampir setahun usia perkahwinan dan terlalu banyak anugerah terlalu banyak kurniaan dari Allah melalui perkahwinan ini. Ya Allah, alhamdulillah ya Rahman ya Rahim. Banyak perubahan baik, Banyak pertambahan kebaikan, dan insyaAllah semakin dekat dengan Al-Quran. Doakan saya diizinkan Allah untuk menghafal sekurang-kurangnya Juz Amma sebelum saya meninggal dunia. Ameen~






Tak mudah berkahwin dan menjadi seorang yang tiada apa-apa untuk ditunjukkan. Antara cabaran yang dihadapi dari awal hingga kini adalah, tentang kerjaya, tentang harta, tentang anak, dan harapan orang lain pada saya. Pilihan saya agak kontra dengan harapan orang lain terhadap saya. Cabarannya, bagaimana caranya saya hadapinya dengan harmoni dan sejahtera dalam lingkungan redhaNya.

Solusinya mudah.

Al-Quran dan Sunnah.

Segala cabaran, dibimbing Allah untuk menghadapinya. Tanpa Allah, kita kesengsaraan lagi kesempitan. 


Bak kata ustaz saya,
Sila pilih A atau B:

A) al-Baqarah: 152 @ ingat Allah, dan Allah ingat kita..

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.


atau..

B) at-Taubah: 67 @ lupa Allah, Allah lupakan kita..


نَسُوااللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik



Maka, solusi kepada kehidupan yang serabut lagi menyerabutkan saling salah menyalahkan rasa tidak cukup dan penuh kesengsaraan itu, adalah kembali pada Allah. Usaha belajar memahami Al-Quran (manual kehidupan kita). Betulkan cara hidup kepada yang Fitrah dan betulkan apa yang di dalam Hati dan dalam Fikiran. 

Dan dengan ini, saya syukur kerana Allah kurniakan saya pasangan yang walau ada kontra di banyak sudut, tetapi tetap seiring sehati sejiwa untuk menemui redhaNya. Moga kami istiqamah berada di atas jalan Taqwa walau dilanda apa ujian sekalipun dan kekal bersama hingga Jannah tanpa dihisab ameen~


InsyaAllah, bertemu kita di tulisan akan datang. hehe

Wallahu a'lam.


Friday, April 3, 2015

23 - Wanita Belajar Tinggi-tinggi, Pandai-pandai, Jadi Surirumah???

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim,

Saya tulis ini di FB saya pada 18 Mac 2015. Saya copy paste ke sini moga dapat membantu yang di luar range FB.


*************************


A : "Rugi je wanita yang belajar tinggi-tinggi, pandai-pandai, masuk universiti hebat-hebat, tapi tak kerja, pergi jadi surirumah."

B : "Siapa kata tujuan utama belajar tinggi-tinggi, pandai-pandai untuk kerja?"

A : "Habis tu? Buat apa belajar pandai-pandai kalau tak kerja?"

B : "Tujuan utama wanita belajar tinggi-tinggi, pandai-pandai, adalah untuk didik diri dia, anak-anak dia, dan keluarga jadi berilmu dan berakhlak. Itulah peranan dia yang utama. Bila anak-anak terdidik dengan cemerlang, anak-anaknya pula keluar membantu ummah diluar, itulah sumbangan dia pada ummah. Kalau dia nak kerja atau jadi surirumah, mana-mana pilihan pun, kena pastikan tanggungjawab pada yang utama terlaksana dahulu."

A : "Tapi, kalau wanita tak kerja, macam mana nak bantu tambah pendapatan suami? Kos kehidupan sekarang kan makin tinggi. Semua perlukan duit. Mana cukup kalau suami sorang je kerja."

B : "Bukankah Rezeki itu kerja Allah? Bila kita melaksanakan tanggungjawab kita (menjaga dan mendidik keluarga) pada Allah, bukankah Allah yang akan uruskan rezeki kita? Bukankah Allah boleh alirkan rezeki itu melalui suami yang sememangnya berperanan untuk memberi nafkah kepada keluarga? Kenapa tidak yakin?"

 ******************************

Dan banyak lagi dialog yang sering berlaku kepada para wanita berkeluarga zaman ini. Ramai juga yang terpaksa mengorbankan masa bersama anak, demi membantu tambah pendapatan suami atau memenuhi scriptwriting orang lain, atau ingin sama taraf dengan wanita-wanita lain yang kita anggap sebagai satu kejayaan.

Define semula apa itu Kejayaan yang sebenar.

It's all about Mind Programming.

Contoh,
Kita rasa tak cukup, kenapa kita rasa tidak cukup?
 
Sebenarnya, berbalik kepada rasa YAKIN atau TIDAK YAKIN kepada Pemberi yang Maha Mencukupkan itu. 

Bila TAK YAKIN dengan Allah, kita korbankan tanggungjawab yang utama, untuk mengeluarkan usaha kita, mendapatkan sesuatu yang sebenarnya di dalam bidang kuasa Allah.

Mana-mana pun pilihan kita, utamakan Allah. Kerana setiap pilihan kita, akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak. Hanya diri kita yang bertanggungjawab atas pilihan kita. Orang lain tidak pernah mempengaruhi pilihan kita.

Betulkan semula Sistem Kepercayaan kita (mindset) tentang kehidupan ini. Dengan itu, kita lebih jelas atas setiap keputusan yang kita pilih adalah berdasarkan apa yang Allah sudah perintahkan di dalam Al-Quran. Bila kita memilih untuk melakukan sesuatu luar dari Fitrah, kita terasa sempit dan tertekan serta sukar mendapat ketenangan, maka itu tandanya kita harus pulang kepada Fitrah.

Menjadi surirumah pun boleh tertekan juga kalau tidak menjalankan peranan yang sepatutnya. 
Jadi, fahami tugas kita sebagai wanita yang dah berkahwin. Lihat apa Allah kata, apa Rasulullah kata, bukan apa ibu bapa kita kata, bukan apa orang lain kata, bukan apa dunia kata. =)

Sebenarnya, Allah sudah pun meletakkan wanita di tempat yang terbaik. Semoga Allah sentiasa bimbing kita membuat keputusan yang diredhaiNya. Ameen~

Sedikit perkongsian saya ambil di website IKIM:-

"Kedudukan wanita yang telah berumah tangga dan pelaksanaan tanggung jawab ini selaras dengan maksud sebuah hadis Nabi yang berbunyi;

"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya" dinyatakan juga padanya: Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."

Kedudukan seseorang wanita yang telah berumah tangga juga terikat dengan ketentuan Islam yang menjadikan lelaki sebagai ketua rumah tangga sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya" (Al-Nisa': 34)"


Fahami dari kaca mata seorang hamba Allah.



Wallahu a'lam.

Thursday, April 2, 2015

22 - Marriage by Design. Not by Default.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,


Alhamdulillah.. Dah 7 bulan, masih rasa macam "Eh...tak sangka dah kahwin."



Gambar oleh : Aiman Azizan


"We are here, together, on this platform of marriage,
so that kita sama-sama dapat berusaha menjadi insan yang terbaik,
untuk Allah. 
Not for each other.

Kerana Hati,
tempatnya hanya milik Allah. 
Tempat saya, di tangan awak, 
dan awak di tangan saya. 
Kita jumpa di Jannah, ameen! "


Nak kahwin, kena design kehidupan lepas kahwin.
Dah kahwin, kena design untuk tahun-tahun akan datang.

Alhamdulillah, design diizinkan Allah dapat dibina lebih baik.

Terlebih dahulu, kita kena
Kenal diri
Kenal Allah
Kenal orang lain
Kenal kehidupan

Then kita tahu, apa fungsi kahwin sebenar-benarnya untuk kita.
Kahwin bukan setahun dua.
Nak kahwin sampai mati.
Lepas mati, apa fungsi kahwin pada kita?

Itulah saham kita ke Syurga, atau Neraka.
Kalau kita melaluinya secara Default, alangkah ruginya.
Tetapi, kalau kita melaluinya dengan penuh kesedara, setiap saat itu jadi sangat bermakna.


Pastikan, setiap pilihan keputusan kita, bukan hanya ada impak sementara. Tetapi, setiap pilihan kita menentukan Syurga atau Neraka tempat kita nanti.


Kehidupan berumahtangga tidak semudah yang disangka. Tidak mudah untuk bahagia yang kita terbayang-bayangkan.

Dan tak semestinya berkahwin itu syarat untuk kita bahagia. 

Tetapi, bila Allah di dalam Hati, kita kat mana-mana pun, kita tetap bahagia.


Tak mudah. Tapi, Allah ada.
Susah, tetapi tiada yang mustahil disisi Allah.
Jaga urusan dan hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga kita.


InsyaAllah.

Kehidupan ini, adalah tentang kita dan Allah.
Orang lain hanya channel / mediator / pengantara.


Wallahu a'lam.

02042015 | 1324 | Cyberjaya

Wednesday, December 17, 2014

21 - Tiga Serangkai

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim,

Cinta, Ikhlas dan Syukur itu

Tiada bersyarat.
Ketiganya sentiasa terikat.
Tanpa satu, dua lagi akan cacat.
Pilih dua, satu lagi tetap cacat.

Cuba lemparkan ketiga-tiganya

Ke dalam perit
Ke dalam sakit
Ke dalam sempit
Ke dalam pahit

Nescaya lapang dadamu
Lebih luas dari langit semesta

Nescaya merdeka jiwamu
Terbang bebas ke mana-mana

Bersyarat itu adalah pintu sesat
Kenapa?

Kerana jika kontangnya Cinta
Hati akan banjir Benci

Kerana jika miskinnya Ikhlas,
Jiwa akan kaya Derita

Kerana jika nipisnya Syukur
Rasa akan tebal Haloba

Sanggup?

Wallahu a'lam.

Arina Amin
17122014 | 1618 | Cyberjaya
::MusafirJiwa 2.0::

Sunday, July 6, 2014

20 - Ramadhan 1435H Telah Tiba - Refleksi Terawikh

Assalamualaikum,

Bismillah,

Alhamdulillah wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Dah masuk pun Ramadhan 1435H hari yang ke-8. Blog sunyi. Tapi, aku tetap masih menulis tapi bukan di sini. Banyaknya di Facebook. Mungkin sebab interface yang mesra menulis. Hanya bukak melalui phone dan update status tanpa banyak kerja.

Terbaca, hasil usaha gigih seorang sahabat yang menerbitkan tips menulis blog di FB beliau, buatkan aku fikir, apalah alasan aku untuk tak menulis sebenarnya? Bukanlah salah kalau tak menulis. Tapi, berbalik kepada niat asal aku mewujudkan blog ni since 2006 yang dah berevolusi dari tahun ke tahun hingga sekarang ni, niat aku adalah untuk menyampaikan terutamanya kepada diri sendiri dan pembaca yang dipilih Allah untuk membaca.

Apa impak negatif kalau aku berhenti menyampaikan? Yakni berhenti atau malas menulis?

Of course lah manusia itu dalam kerugian.  Seperti yang ternyata dalam Surah Al-'Asr (1-5), "Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Rugi banyak bila tak menyampaikan sedangkan kita punya ilmu dan kesedaran. Tetapi hanya tertakluk kepada ilmu yang align dengan Quran dan Sunnah.

Mudah-mudahan, blog ini menjadi saksi aku di akhirat nanti. Dan ini menjadi ruang legasi yang aku tinggalkan bila aku dah tak ada nanti. Dengan itu, bermulanya detik ini yang diizinkan Allah di jam 1.20 pagi, 6 Julai 2014 bersamaan 8 Ramadhan 1435H ini, aku mohon ya Allah agar kau bimbing dan iringi setiap bait kata yang akan aku taip ke dalam blog ini. Semoga setiap baris penyampaian adalah ilham dari Kau ya Allah..bukan dari keegoan dan nafsu aku. Limpahkanlah kebijaksanaan dan kefahaman dalam penyampaian blog ini ya Allah.

Semoga bermanfaat sebanyak-banyaknya hingga bila-bila. InsyaAllah. Ameen ya Rabb!


Aku bersyukur dengan sehingga umur kini, aku dikurniakan nikmat untuk melalui Ramadhan kali ini dengan cara yang sangat berbeza dari sebelumnya. 

Alhamdulillah. Aku berpeluang menikmati Ramadhan kali ini dalam KESEDARAN. Sedar yang hidup sebelum ini adalah bukan kehidupan yang sebenar yang Allah mahukan. Sedar bahawa dunia ni sememangnya tipu daya yang sangat memabukkan sehingga kita sukar nak keluar. Kini, aku masih dalam pergelutan untuk keluar dari ruang itu secara total. Trust me, it's not easy. But we have no other choice. Sebab itu saja PILIHAN yang ada untuk Syurga. Melainkan kita memilih untuk kekal di dunia ini dan hancur bersamanya.

Dulu, aku lalui Ramadhan dengan cara yang tak betul-betul memaknainya. Pergi solat terawikh pun ada rasa "bila nak habis ni"....tudiaa....sedih! Astaghfirullah.

 Tapi tadi, 1st solat terawikh aku. Agak mencabar la bila nak tukar habit lama ke habit baru. Tapi, demi Allah, aku push untuk stay for 20 rakaat. Tidaklah susah pun sebenarnya dan Allah betul-betul memudahkan sebab imam pun baca sederhana dan kelajuan yang seronok. Jadi, aku boleh hayati dan amati pembacaan dalam keadaan sangat berusaha walau payah. Melawan rasa mengantuk bagai. Dalam hati, aku tahu aku tak punya daya melainkan Allah saja yang bantu aku untuk aku terus fokus dengan solat. 

Sememangnya, aku dapat peluang merasa ada seperti satu peristiwa transition di mana sebelum tu aku mengantuk tak tahu nak kata. Bila habis je 8 rakaat, aku stay, and nak solat ke rakaat-10, tiba-tiba rasa segar bugar. Dan dari aku dok struggle nak hayati Al-Faatihah dalam mengantuk, tiba-tiba rasa susah tadi ajaibnya hilang. Satu beban tiba-tiba hilang. Honestly, masa datang solat terawikh, aku memang niat nak buat 8 je. Even ayahanda kata "Kita buat 20 tau" ...aku cebik sambil kata, "Tengoklah macam mana. Kalau imam tu baca Faatihah 5 minit, memang 8 je la Arina buat. hohoho." Lemah plus lemau sebab aku melayan mengantuk yang datang dari mana tah menyerang sejurus aku keluar rumah nak ke surau. Aku redha ya Allah, aku ikhlaskan.

Sambil tu aku soal diri aku, kenapa sebenarnya aku datang solat terawikh ni? Adakah sekadar ritual? Atau aku benar-benar mahu perform solat terawikh ni Ikhlas kerana Allah? Lagilah mengantuk bila dah sampai surau. Masuk je, eh, ada saf kosong depan sekali. Elok pulak bawah kipas. Sejuk alhamdulillah.

Aku dapat rasa, Allah sediakan ruang special untuk bantu aku solat terawikh dengan enjoy. Lepas 2 rakaat selesai, aku dengar, imam baca boleh tahan best sebab tak meleret dan panjang lebar. (kalau panjang lebar pun apa masalahnya kan? huhu)

So, aku mula terdetik, "Ok lah. Solat 23 malam ni".

Allah je yang tahu, berapa kali dah aku menguap sepanjang 8 rakaat tu. Dalam hati, aku merayu-rayu ya Allah, aku nak sangat perform solat baik-baik, dan aku nak sangat Kau terima solat aku. Aku nak sangat terawikh ni dilaksanakan dengan sempurna. Aku tahu, Allah je yang boleh bantu aku dan hilangkan segala mengantuk tu. Aku redha dengan rasa mengantuk dan aku redha dengan rasa blur sebab tak boleh nak follow bacaan imam.

Setel je 8 rakaat, aku rasa macam kena simbah air. Alhamdulillah aku dah boleh fokus apa imam sebut walau aku tak faham makna. Tapi, aku cuba fokus pada sebutan dan berharap, moga ayat-ayat bacaan imam jadi peringatan dan doa yang baik-baik untuk semua orang. Aku percaya ayat Allah paling powerful dalam dunia ni. So, aku latih diri, walau tak faham makna, aku belajar hayati bacaan. Lagipun, solat kan doa.

Pengalaman terawikh tadi, tentang kesedaran bahawa yang kita ni manusia. Nak buat apa-apa, kita memang tak boleh buat kecuali dengan izin dan bantuan Allah. Kita memang tak ada apa-apa termasuk kudrat. Sabar, semangat, semua Allah yang bagi. Cuma kena luruskan niat, minta dengan penuh berharap, ikhlas dan redha dengan ujian, dan berserah sepenuhnya pada Allah sambil melalui situasi tu demi Allah.

Tak mudah. 

Tapi, tak mustahil. Just do it dengan penuh penuh Ikhlas.

Aku harap Ramadhan kali ni, dapat menjadi platform untuk aku kembali kepada diri aku yang Fitrah. Sebelum menjelang Ramadhan ni hari tu, aku ada perasaan bercampur-campur. Dok rasa, aku ni tah-tah meninggal dalam Ramadhan atau tak sempat kot? Tapi, alhamdulillah. Until now, aku masih dalam perjalanan Ramadhan. Syukur ya Allah! Aku sangat suka Ramadhan sebab bulan yang penuh ketenangan, penuh ruang dan peluang untuk kebaikan. Lebih-lebih lagi, bulan ni bulan battle dengan nafsu dan ego sendiri. Jadi, aku tahu lah nafsu dan ego aku tahap mana sebenarnya untuk aku urus dan let go.

So, aku buat goal praying untuk lalui Ramadhan ni dengan betul-betul. Aku design perjalanan Ramadhan aku dan aku detach dengan hal-hal lagha dulu. Alhamdulillah so far, action plan banyak terlaksana. Cuma, habit yang dah sebati dengan hati ni, banyak cabaran dalam nak uruskannya. 

Azam aku, aku nak get rid 3 bad habits dan tanam 3 new good habits.

Dalam masa yang sama, proses ni juga akan hasilkan diri aku untuk menempuh fasa baru nanti. Supaya, bila sampai masa aku jadi isteri dah tak berapa lama je lagi dan ibu di masa akan datang, insyaAllah time tu, aku lebih prepared dan lebih mudah urusan. 


Pentingnya kita design perjalanan kita dengan berfokus pada 3 formula ini:-

1) Heal the Past
2) Live in Present
3) Create the Future

Alhamdulillah. Banyak perjalanan yang aku design sebelum ni, terlaksana dengan baik bersama izin Allah. Mulakan segala impian dengan meminta pada Allah. Allah diawal segala-galanya maka kita akan redha apa yang berlaku selepas tu kerana yakin, itulah yang terbaik untuk kita yang dipilih oleh Allah. Kalau kita tak minta dengan Allah terlebih dahulu sebelum menerbitkan ikhtiar fizikal kita, itulah permintaan nafsu dan ego kita, yang bila sesuatu terjadi lepas tu, kita akan banyak menyalahkan pihak-pihak tertentu. Sebab kita tak memahami betul-betul apa maksud "segala yang berlaku adalah dengan izin Allah."

Minta pada Allah, maka Allah akan iringi perjalanan kita dengan ilham dan bantuanNya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, selesai satu post untuk hari ini untuk peringatan diri aku sendiri. 

Semoga kalian yang mambaca mendapat manfaat.

Astaghfirullah.
Wallahu a'lam.

Wassalam.

p/s: Ramadhan bulan nak tranform Hati yang terbelenggu





Monday, April 28, 2014

19 - Mencari Jawapan dalam Gelombang Perjalanan

Assalamualaikum,

Bismillah,


Hari ni mahu menulis.

3 minggu kebelakangan ini, aku mencari satu jawapan kepada persoalan yang baru muncul pada minggu sebelumnya.

Aku manusia yang sangat kurang menggunakan Hati.
Dah biasa menjadikan Akal sebagai pengemudi hidup aku.
Yang akhirnya buatkan aku kesakitan berulang-ulang kali.
Hati berkarat lalu mengumpul terlalu banyak keladak hingga aku tak nampak jalan.


Hati yang sepatutnya menjadi GPS manusia. (Hati yang berhubung dengan Allah)
Bila tak guna, tak dibersihkan, Nafsu dan Ego lah yang memandu Akal.

Hati yang bersih dan sihat yang sentiasa penuh kesedaran dan berhubung dengan Allah sudah pasti akan memandu Akal untuk menghasilkan tindakan yang Allah redhai.

Manakan Hati mahu tenang jika, tindakan tak selari dengan redhanya Allah?

Perang jiwa di antara persoalan "kenapa" dan perasaan mahu redha mengikhlaskan.

Lalu Allah hantarkan mediator dalam bentuk insan dan ujian, untuk mengajar aku satu persatu.

Hari ni, aku sedar tentang salah satu hal, even expectation aku sendiri adalah perkara yang boleh menjauhkan aku dengan Allah. Expectation without letakkan penyerahan total pada Allah setulus dan semurninya, memang kesalahan aku yang menggunakan Akal tanpa penyertaan Hati. Tertipu dengan Akal yang berkata Yakin tetapi sebenarnya Hati tidak merasakannya.


Tak ada situasi yang aku boleh pastikan tidak terjadi, atau pastikan terjadi.
Aku berusaha menyusun, mengatur dibawah kemampuan aku.
Hasilnya, semua hak Allah.
Dan hak aku adalah meredhakan dan mengikhlaskannya.
Pasti, Allah mahu selamatkan aku dari sesuatu.
Agar, Hati aku tidak terikat pada makhluk.
Agar tidak terikat pada Ego dan Nafsu sendiri.


Jawapan yang aku jumpa hari ini..


When your heart breaks, it's a signal that you have deviated from the right path.  

“La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minaz zhalimin.”

"There is no deity except You; exalted are You. Indeed, I have been of the wrongdoers." (Al-Anbiya' : 87)



Ya Allah, ampuni aku.  

 Setiap mesej adalah peringatan dari dasar kasih-sayangNya.
Aku tetap akan bangun dan berjalan ke hadapan.
Kerana Syurga itu mahal harganya.


Wassalam.


p/s: tidur adalah pilihan. bangun juga pilihan.
 

Thursday, February 13, 2014

18 - Lumrah vs Fitrah : Berhempas-Pulas untuk Keselesaan Dunia atau Akhirat?

Assalamualaikum,

Bismillah,

Lama betul tak menulis. phew~

Tak tahu nak mula dari mana, so aku biar je jari ni menaip meluahkan ilham yang mengalir. InsyaAllah ini refleksi untuk diri aku sendiri terutamanya. Siapa yang dizinkan Allah untuk singgah dan diberi kemampuan untuk menghabiskan bacaan ni, insyaAllah ada mesej yang baik dari Allah untuk kalian.

Dalam bas dari KL-Penang tadi, melimpah-ruah ilham sebenarnya.

Dengan izin Allah, sejak hadir Workshop Amazing Goal Praying (AGP), alhamdulillah menjadi asbab persepsi kehidupan aku dah berubah totally. Lepas tu, berperang dengan jiwa, hati dan akal, untuk betulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul. Malah, masih lagi dalam perjalanan.

Tu yang agak lama tak menulis. Perjalanan yang lebih sebulan, menghulur tarbiyah yang sangat lazat. Subhanallah. Alhamdulillah~

Apa lagi nikmat yang lagi lazat dari nikmat mengetahui kebenaran tentang Fitrah?

Dan kembali pada Fitrah itu adalah kembali pada Allah. Kita sangka kita Muslim, jalan kita dah betul. Rupanya, tidak. Astaghfirullah~

Syukur alhamdulillah, Allah izinkan Hati ni dapat merasa dan memaknai apa itu :-

"Cukuplah Allah bagiku"
"La ilaha illallah"
"Inna solati, wanusuki, wamahyaaya wamamaati, lillahirabbil 'alameen"
"Ikhlas"
"Sabar"
"Redha"
"Terima"

Selama ni, semua kalimah tu cuma gah berjalan di level fikiran, tapi tak sampai pada Hati sepenuhnya. Kita kata kita Sabar, tapi masih juga tertekan dan serabut serta hampir putus asa. Sering jugak kita kata "Redha je lah" , tapi masih juga marah dan juga mengeluh. Dan paling kerap, kita kata kita Ikhlas, tapi akhirnya ungkitan dan rungutan juga yang muncul di bibir.

Sungguhlah, betapa banyaknya input kehidupan yang salah dah ter-program dalam kepala.

Andaikan saja diri kita ni sebagai 'PC komputer'.

Manakala, belief system, nilai kehidupan, cara hidup, budaya, dan sebagainya yang kita lalui dalam hidup ni, adalah 'software' yang installed dalam diri kita. Betapa banyaknya program yang salah dan virus yang bahaya menghuni 'PC komputer' diri kita ni yang menghasilkan emosi-emosi negatif bila beroperasi. Software Sistem Kepercayaan yang salah, banyak dah kita installed yang menghasilkan apa yang sedia ada dalam kehidupan kita sekarang.

  • Dengan manusia sekeliling.
  • Dengan rutin kehidupan.
  • Dengan apa yang kita tak dapat.
  • Dengan cara kita dilayan.
  • Dengan apa yang kita hilang.
  • Dengan apa yang hadir.
  • Dengan apa yang jadi.

EGO. Marah, dendam, menyesal, kecewa, tertekan, bengang, tak puas hati, menyampah, susah nak memaafkan.

Ada saja rejection. Ada saja resistance. Ada saja rasa annoyed. Ada saja macam-macam rasa yang tak best.

Contoh, paling mudah tentang Duit.

"Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan Duit".

Siapa kata?

Tentulah, yang berkata itu Manusia.

Jom refleks diri.

Dari kecik, kita diprogramkan, nak apa, kena ada duit. Ibu bapa cari duit untuk bagi kita makan. Ibu bapa kata "kami keluar pergi kerja sebab nak cari duit bagi korang makan". Orang kata, kalau kita nak apa-apa, kita disuruh kumpul duit dan beli. Sampai lama-lama, kita percaya, Duit itulah tiket segala impian kita. Maka, cita-cita kita untuk jadi seorang yang kaya-raya dengan DUIT. Tak ada duit, kita stress. Bila tak ada duit, atau tak cukup duit, hati dah mula gelisah. Mula rasa resah. Mula fikir jalan untuk cari duit. Mula hempas pulas, cari duit. Dalam masa yang sama, kita menagih penghargaan orang, mencari pengiktirafan orang, nak orang lihat kebagusan kita bekerja, untuk naik pangkat seterusnya naik gaji dan elaun.

Lama-lama, secara tak sedar, hidup kita sehingga dewasa, kita dedikasi hanya untuk mencari Duit untuk memenuhi impian-impian lain. Dengan adanya mindset, "Dengan kerjalah aku dapat duit untuk penuhi impian lain", maka kita pun carilah kerja, asal dapat kerja, sampaikan bila orang kata "jangan memilih kerja". Maka, laluilah kita hari-hari yang penuh tekanan sebab buat kerja yang kita tak suka demi menunggu hari gaji. Menanti untuk duit berkepuk-kepuk dalam akaun. Sementara menunggu, maka, berulang-ulanglah rutin tu.......sampai bila? 

Dah kahwin, rutin yang sama berulang. Tiada masa untuk famili, dengan alasan "keluar pergi kerja cari duit". Rutin yang sama berulang-ulang sampai anak-anak pun terpaksa diserah pada pengasuh. (kena kerja cari duit, kalau tak, macam mana nak sara anak, bayar loan sebagainya)

Rutin yang sama pun berulang-ulang sampai anak-anak cuma ada masa dengan kita 2 jam sehari. (dalam hati, nak buat macam mana, kerja nak cari duit untuk sekolahkan anak-anak).

Rutin yang sama berulang-ulang sampai makanan di rumah pun beli je. (dalam hati, nak buat macam mana, tak sempat masak. penat)

Rutin yang sama berulang-ulang sampai balik rumah, tak terlayan pasangan masing-masing. Kurang komunikasi. Hambar hubungan. (dalam hati, balik kerja dah penat, mana larat nak layan)

Rutin yang sama berulang-ulang sampai banyaknya masa kita dedikasi untuk dunia demi Duit, tapi masa untuk Allah cuma sejam sehari. (dalam hati, nak buat macam mana, kerja 10 jam sehari, balik penat. mana larat nak bangun tahajjud)

Boleh nampak kan, betapa berhempas-pulasnya kita nak mendapatkan keselesaan atas dunia berbanding akhirat.

Woah! ni baru hal Duit. belum hal lain lagi.

Rutin yang hidup atas program manusia berbanding rutin yang align dengan jalan Allah, sangat berbeza sebenarnya. Kerja, belajar, masih boleh dilakukan tapi bukan dengan cara yang kita gunakan sekarang sebenarnya.

Rutin kebiasaan kita dipengaruhi oleh Duit sebagai life purpose kita. Duit mendominasi life purpose kita. Duit took over life purpose kita yang sebenar-benarnya. Hidup hanya mencari Duit. Tak penatkah kita?

Lama-lama, secara tak sedar, kita sebenarnya berTuhankan Duit. Astaghfirullah~

Orang kata, mana boleh duduk je berdoa, solat tapi tak keluar pergi kerja.
Orang kata, kalau tak kerja, macam mana nak makan minum bayar hutang semua?
Orang kata, kalau duduk berdoa je solat, macam tunggu makanan disuap ke mulut lah pula.

Itu semua siapa kata?

Tentulah Manusia.

Tapi terfikirkah,

Macam mana nak masuk Syurga kalau tak cari Allah?
Macam mana nak Tenang dan Bahagia kalau tak cari Allah?
Macam mana nak capai semua impian kalau tak cari Allah?
Macam mana nak selamat dari neraka kalau tak cari Allah?

Duit sendiri tak dapat nak jawab semua persoalan tu. Dah berapa tahun umur kita habis semata untuk kejar Duit? Sekarang tinggal sisa berapa tahun saja lagi untuk kita cari Allah? Andai saja esok kita mati, bagaimanakah kita? Atau mungkin sekejap lagi? Celik-celik mata je dah terima soalan "Ma rabbuka?" (siapa Tuhanmu?). 

Allah dah turunkan ayat ni untuk kita. Tapi selalu kita terlupa. Dan kalau kita ingat, kita masih tak yakin.

"Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan" - (Al-Ghafir : 60)


Nah. Masih tak cukupkah sebaris ayat Allah yang powerful tu untuk kita? Apa lagi yang nak kita pertikaikan? Apa lagi keEGOan ilmu dunia yang buat kita ragu-ragu dengan ayat Allah ni? 

Mungkin masih lagi ada yang kata, "Kita kena jugak usaha"

Renungkan sekejap, apakah yang kita faham tentang makna "Usaha" sebenar-benarnya?

 Photo credit : sisi-kehidupan.blogspot.com


Tanya khabar Hati masing-masing.
Tanya khabar Yakin pada Allah dalam diri masing-masing.

Jika Hati lurus, dan Yakin membulat telus pada Allah, sebenarnya tak perlu susah payah mengeluarkan 'usaha' yang kita SANGKA setimpal dengan hasil yang kita mahukan.

Oleh itu, jika kita rasa kehidupan kita ni sangat payah, rasa cemburu tengok kehidupan orang lain, rasa penat dan lelah, berakhir dengan sedih dan kecewa...memang salah kitalah atas segala kesusahan yang kita tempah selama ni. Sebab kehidupan kita sekarang adalah PILIHAN KITA. Bukan orang lain. Maka, kenapa perlu kita salahkan orang lain?

Memang orang lain boleh suruh itu ini. Tapi kita boleh PILIH bukan? Tak pernah tiada pilihan. Antara untuk dunia dan untuk Tuhan.

Hati yang berkomunikasi dengan Allah, Hati yang sentiasa berhubung dengan Allah, sentiasa ada pilihan dan ilham yang Allah hantarkan. Hati yang tak berhubung dengan Allah, akan berhubung dengan Nafsu akhirnya. Dan setiap pilihan yang kita buat, adalah tanggungjawab kita.

Tanya pada diri, kerapkah Hati kita berhubung dengan Allah?

Berapa lama kita spend masa dengan Allah berbanding dunia dalam sehari, seminggu, sebulan, setahun?

Berapa banyak amal ibadat kita untuk Allah dan untuk bertemu Allah nanti?

" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri" - (Ar-Rad : 11)


Kalau kita ada perasaan dan fikiran yang mengatakan bahawa ayat di atas berbicara tentang usaha yang kita keluarkan dan yang kita letakkan dalam kehidupan sedia ada selama ni, kita sebenarnya hidup dalam Ilusi yang menipu diri kita sendiri. Kita sebenarnya dah termasuk dalam lubang yang mengundang gelap dan derita dalam hari-hari yang kita lalui selama ni. Tak ada siapa yang tolak kita masuk ke dalam lubang tu. Tapi diri kita sendiri yang nak masuk ke dalam lubang tu.

Renungkan,
  • rutin harian yang kita jalani
  • usaha yang kita keluarkan sehingga hari ini
  • cara yang kita gunakan untuk menjalani kehidupan selama ni
  • nilai kehidupan yang diterapkan dari kecil sehingga hari ini
Apa tindakan dan reaksi kita bila kita sedar apa yang kita sangka benar diatas...adalah SALAH?

Moga video ni membantu kalian untuk memahami tafsiran sebenar ayat 11 surah Ar-Rad di atas.



Adakah kita dapat terima dan ambil langkah berubah ATAU kita tak mahu keluar dari comfort zone kerana ego yang sedia ada?

Comfort Zone (lumrah)pergi sekolah, masuk universiti, grad, cari kerja untuk cari duit, kahwin, cari kerja untuk cari duit lebih, cari lagi duit untuk rumah, kereta, cari duit, hari tua, mati. rela berusaha sampai penat tertekan, sakit pengsan, solat lambat....and the list goes on.

Ego : sukar nak menerima kebenaran bahawa Usaha yang sebenarnya adalah kembali pada Allah dengan beribadat kepada Allah. rasa tak logik bila mengetahui hakikat sebenar kehidupan adalah dengan usaha Spiritual 90% dan usaha Fizikal 10%.  Kerja yang aku lakukan ni lah yang akan menghasilkan kehidupan yang aku mahu....and the list goes on.


Fitrahnya,

Usaha yang sebenar adalah usaha mendekatkan diri pada Allah. Usaha mengenal Allah dan mencintai Allah. Usaha menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa.

Bila kita sayangkan seseorang, of course kita nak provide anything untuk dia kan? Tentu-tentulah kita nak provide yang THE BEST untuk dia kan?

Bila kita disayangi Allah, tentu-tentulah Allah akan provide apa yang terbaik untuk kita. Tentu-tentu pasti Allah akan berikan apa yang kita minta. (refer semula surah Al-Ghafir:  60 di atas).

Sedangkan dalam kita menjadi manusia penuh dosa ni pun, tak terkira banyaknya Allah dah dan sedang beri pada kita walau kita tak minta. Apatah lagi jika meminta. Apatah lagi jika kita bertaubat dan lebih taat. Subhanallah!

Simple formula. Kenal Allah, cinta Allah, taat Allah. Jadi hamba yang dicintai Allah, maka Allah akan perkenankan permintaan kita. insyaAllah!

Fikir lagi, siapa sebenarnya yang memberi hasil? Usaha kita atau Allah?

Buat kerja, boleh. Tapi adakah kerja itu kerana Allah? Cara, tanggungjawab, rutin, adakah memenuhi syariat sebaiknya di jalan Allah?

  • Nak duit boleh. Tapi adakah pengakhirannya penggunaan duit itu kembali pada Allah?
  • Nak travel boleh. Tapi adakah travel itu bermanfaat di jalan Allah?
  • Nak beli baju boleh. Tapi adakah baju kita memenuhi syariat Allah?
  • Nak duduk rumah besar, beli kereta mewah boleh. Tapi, adakah manfaatnya wujud untuk jalan Allah?
  • Nak kahwin boleh. Tapi adakah kahwin itu kehidupannya akan menemui Allah?
  • Nak belajar tinggi-tinggi bagus bagus boleh. Tapi, adakah ilmu itu kita akan guna di jalan Allah? Atau sekadar nak kerja bagus, keterpaksaan memenuhi impian orang lain, nak compete dengan orang lain, nak duit untuk kehidupan mewah, rumah besar, kereta mewah SEMATA-MATA?

Adakah itu yang dikatakan kehidupan yang membahagiakan dan tenang?


Tanya lagi pada diri, tenangkah sekarang?


Bahagia?

Bolehkah berdamai dengan ujian yang mendatang? dengan kepayahan yang akan bertandang? Pastikah kita tiada lagi menyalahkan orang? Apatah lagi menyalahkan Allah?

Last but not least,

Nak apa pun boleh. Tapi pastikan segalanya permintaan itu berakhir dengan menemui Allah dan mendapat keredhaan Allah. Kerana itulah bahagia yang sebenar-benarnya.

Kerana dunia ini sendiri akan hancur. Usaha untuk dunia, boleh dapat. tapi nikmatnya cuma temporary. maka kita akan keep on mahu dan mahu dan mahu dan mahu lagi.

Semoga persoalan-persoalan diatas berakhir dengan jawapan yang membawa kita kembali kepada Fitrah. Kepada Allah.

Juga, semoga persoalan-persoalan tersebut akan membawa kepada persoalan yang Satu.

Apa life purpose kita yang seBENAR-BENARnya?

Photo credit : relakssminda.blogspot.com

yang baik dari Allah, yang jelik dan kurang itu dari diri aku sendiri.

::Betulkan yang biasa, biasakan yang betul::

Wallahu a'lam.

Wassalam.

p/s: refleksi diri : Living Into Greatness