Pages

Friday, April 3, 2015

23 - Wanita Belajar Tinggi-tinggi, Pandai-pandai, Jadi Surirumah???

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim,

Saya tulis ini di FB saya pada 18 Mac 2015. Saya copy paste ke sini moga dapat membantu yang di luar range FB.


*************************


A : "Rugi je wanita yang belajar tinggi-tinggi, pandai-pandai, masuk universiti hebat-hebat, tapi tak kerja, pergi jadi surirumah."

B : "Siapa kata tujuan utama belajar tinggi-tinggi, pandai-pandai untuk kerja?"

A : "Habis tu? Buat apa belajar pandai-pandai kalau tak kerja?"

B : "Tujuan utama wanita belajar tinggi-tinggi, pandai-pandai, adalah untuk didik diri dia, anak-anak dia, dan keluarga jadi berilmu dan berakhlak. Itulah peranan dia yang utama. Bila anak-anak terdidik dengan cemerlang, anak-anaknya pula keluar membantu ummah diluar, itulah sumbangan dia pada ummah. Kalau dia nak kerja atau jadi surirumah, mana-mana pilihan pun, kena pastikan tanggungjawab pada yang utama terlaksana dahulu."

A : "Tapi, kalau wanita tak kerja, macam mana nak bantu tambah pendapatan suami? Kos kehidupan sekarang kan makin tinggi. Semua perlukan duit. Mana cukup kalau suami sorang je kerja."

B : "Bukankah Rezeki itu kerja Allah? Bila kita melaksanakan tanggungjawab kita (menjaga dan mendidik keluarga) pada Allah, bukankah Allah yang akan uruskan rezeki kita? Bukankah Allah boleh alirkan rezeki itu melalui suami yang sememangnya berperanan untuk memberi nafkah kepada keluarga? Kenapa tidak yakin?"

 ******************************

Dan banyak lagi dialog yang sering berlaku kepada para wanita berkeluarga zaman ini. Ramai juga yang terpaksa mengorbankan masa bersama anak, demi membantu tambah pendapatan suami atau memenuhi scriptwriting orang lain, atau ingin sama taraf dengan wanita-wanita lain yang kita anggap sebagai satu kejayaan.

Define semula apa itu Kejayaan yang sebenar.

It's all about Mind Programming.

Contoh,
Kita rasa tak cukup, kenapa kita rasa tidak cukup?
 
Sebenarnya, berbalik kepada rasa YAKIN atau TIDAK YAKIN kepada Pemberi yang Maha Mencukupkan itu. 

Bila TAK YAKIN dengan Allah, kita korbankan tanggungjawab yang utama, untuk mengeluarkan usaha kita, mendapatkan sesuatu yang sebenarnya di dalam bidang kuasa Allah.

Mana-mana pun pilihan kita, utamakan Allah. Kerana setiap pilihan kita, akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak. Hanya diri kita yang bertanggungjawab atas pilihan kita. Orang lain tidak pernah mempengaruhi pilihan kita.

Betulkan semula Sistem Kepercayaan kita (mindset) tentang kehidupan ini. Dengan itu, kita lebih jelas atas setiap keputusan yang kita pilih adalah berdasarkan apa yang Allah sudah perintahkan di dalam Al-Quran. Bila kita memilih untuk melakukan sesuatu luar dari Fitrah, kita terasa sempit dan tertekan serta sukar mendapat ketenangan, maka itu tandanya kita harus pulang kepada Fitrah.

Menjadi surirumah pun boleh tertekan juga kalau tidak menjalankan peranan yang sepatutnya. 
Jadi, fahami tugas kita sebagai wanita yang dah berkahwin. Lihat apa Allah kata, apa Rasulullah kata, bukan apa ibu bapa kita kata, bukan apa orang lain kata, bukan apa dunia kata. =)

Sebenarnya, Allah sudah pun meletakkan wanita di tempat yang terbaik. Semoga Allah sentiasa bimbing kita membuat keputusan yang diredhaiNya. Ameen~

Sedikit perkongsian saya ambil di website IKIM:-

"Kedudukan wanita yang telah berumah tangga dan pelaksanaan tanggung jawab ini selaras dengan maksud sebuah hadis Nabi yang berbunyi;

"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya" dinyatakan juga padanya: Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."

Kedudukan seseorang wanita yang telah berumah tangga juga terikat dengan ketentuan Islam yang menjadikan lelaki sebagai ketua rumah tangga sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya" (Al-Nisa': 34)"


Fahami dari kaca mata seorang hamba Allah.



Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Sy pernah di fire mcm ni... Live...dkt majlis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di fire manusia tak ada apa pun. Jangan di fire Allah. hehehe..na'uzubillah. =)

      Delete