Pages

Thursday, October 31, 2013

13 - Kita Hamba Cinta Manusia??

Assalamualaikum,

(copied from my Facebook status)

Bismillah,

Nak tahu kita ni jadi 'hamba' cinta manusia atau tak, cuba bayangkan anda berpisah dengan si dia. Rasa meroyan ke tak?

Orang yang dalam hatinya ada Allah, dia yakin akan ketentuan Allah. Akan cepat redha dan tenang walau ditinggalkan. Sebab dia faham, Allah yang pegang hati manusia. Allah yang tanamkan rasa kasih dan sayang dalam jiwa. Allah juga boleh cabut semula rasa cinta. Allah pasti punya kisah yang lebih baik untuk kita akan datang. Pasti!

Harapan tak putus, kecewa tidak panjang. Tawa di luar, tangis cuma di hadapanNya. Tenang sentiasa.

Dan dia tahu, ada masanya cuma doa dan solat saja usaha yang ada.

Sebelum letak manusia dalam hati kita, letak Allah dalam hati terlebih dahulu. Nescaya, kurang rasa derita tanpa rasa tak boleh hidup tanpa dia kalau jadi apa-apa. Percayalah.

Kesimpulannya, carilah pasangan yang mahukan Allah dalam hatinya dan untuk kehidupan akan datang. Tak serban jubah tudung labuh tak apa. Bila hati mahu Allah, apa pun boleh. Nothing is impossible.

Hati yang mahu Allah, sedang didekati Allah lebih dekat dari yang kita jangka. Hati yang mahu Allah, sentiasa akan dibantu di atas jalanNya.

Berubah kepada lebih baik itu hak semua orang.

(^_^)

Wassalam.

p/s: Allah ada~

2 comments:

  1. Terasa mcm setepek kena dkt muka. Kdg2 cinta pd sahabat pun boleh melebih2 gak, kn? ;)

    Anyway, may Allah bless.
    Your status ni mmg btul2 terkesan di hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Remind diri sendiri. Sebab sendiri pernah buat silap. InsyaAllah, we'll understand more and be better each day.

      Alhamdulillah, terkesan dengan izin Allah. =)

      Delete