Pages

Thursday, February 13, 2014

18 - Lumrah vs Fitrah : Berhempas-Pulas untuk Keselesaan Dunia atau Akhirat?

Assalamualaikum,

Bismillah,

Lama betul tak menulis. phew~

Tak tahu nak mula dari mana, so aku biar je jari ni menaip meluahkan ilham yang mengalir. InsyaAllah ini refleksi untuk diri aku sendiri terutamanya. Siapa yang dizinkan Allah untuk singgah dan diberi kemampuan untuk menghabiskan bacaan ni, insyaAllah ada mesej yang baik dari Allah untuk kalian.

Dalam bas dari KL-Penang tadi, melimpah-ruah ilham sebenarnya.

Dengan izin Allah, sejak hadir Workshop Amazing Goal Praying (AGP), alhamdulillah menjadi asbab persepsi kehidupan aku dah berubah totally. Lepas tu, berperang dengan jiwa, hati dan akal, untuk betulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul. Malah, masih lagi dalam perjalanan.

Tu yang agak lama tak menulis. Perjalanan yang lebih sebulan, menghulur tarbiyah yang sangat lazat. Subhanallah. Alhamdulillah~

Apa lagi nikmat yang lagi lazat dari nikmat mengetahui kebenaran tentang Fitrah?

Dan kembali pada Fitrah itu adalah kembali pada Allah. Kita sangka kita Muslim, jalan kita dah betul. Rupanya, tidak. Astaghfirullah~

Syukur alhamdulillah, Allah izinkan Hati ni dapat merasa dan memaknai apa itu :-

"Cukuplah Allah bagiku"
"La ilaha illallah"
"Inna solati, wanusuki, wamahyaaya wamamaati, lillahirabbil 'alameen"
"Ikhlas"
"Sabar"
"Redha"
"Terima"

Selama ni, semua kalimah tu cuma gah berjalan di level fikiran, tapi tak sampai pada Hati sepenuhnya. Kita kata kita Sabar, tapi masih juga tertekan dan serabut serta hampir putus asa. Sering jugak kita kata "Redha je lah" , tapi masih juga marah dan juga mengeluh. Dan paling kerap, kita kata kita Ikhlas, tapi akhirnya ungkitan dan rungutan juga yang muncul di bibir.

Sungguhlah, betapa banyaknya input kehidupan yang salah dah ter-program dalam kepala.

Andaikan saja diri kita ni sebagai 'PC komputer'.

Manakala, belief system, nilai kehidupan, cara hidup, budaya, dan sebagainya yang kita lalui dalam hidup ni, adalah 'software' yang installed dalam diri kita. Betapa banyaknya program yang salah dan virus yang bahaya menghuni 'PC komputer' diri kita ni yang menghasilkan emosi-emosi negatif bila beroperasi. Software Sistem Kepercayaan yang salah, banyak dah kita installed yang menghasilkan apa yang sedia ada dalam kehidupan kita sekarang.

  • Dengan manusia sekeliling.
  • Dengan rutin kehidupan.
  • Dengan apa yang kita tak dapat.
  • Dengan cara kita dilayan.
  • Dengan apa yang kita hilang.
  • Dengan apa yang hadir.
  • Dengan apa yang jadi.

EGO. Marah, dendam, menyesal, kecewa, tertekan, bengang, tak puas hati, menyampah, susah nak memaafkan.

Ada saja rejection. Ada saja resistance. Ada saja rasa annoyed. Ada saja macam-macam rasa yang tak best.

Contoh, paling mudah tentang Duit.

"Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan Duit".

Siapa kata?

Tentulah, yang berkata itu Manusia.

Jom refleks diri.

Dari kecik, kita diprogramkan, nak apa, kena ada duit. Ibu bapa cari duit untuk bagi kita makan. Ibu bapa kata "kami keluar pergi kerja sebab nak cari duit bagi korang makan". Orang kata, kalau kita nak apa-apa, kita disuruh kumpul duit dan beli. Sampai lama-lama, kita percaya, Duit itulah tiket segala impian kita. Maka, cita-cita kita untuk jadi seorang yang kaya-raya dengan DUIT. Tak ada duit, kita stress. Bila tak ada duit, atau tak cukup duit, hati dah mula gelisah. Mula rasa resah. Mula fikir jalan untuk cari duit. Mula hempas pulas, cari duit. Dalam masa yang sama, kita menagih penghargaan orang, mencari pengiktirafan orang, nak orang lihat kebagusan kita bekerja, untuk naik pangkat seterusnya naik gaji dan elaun.

Lama-lama, secara tak sedar, hidup kita sehingga dewasa, kita dedikasi hanya untuk mencari Duit untuk memenuhi impian-impian lain. Dengan adanya mindset, "Dengan kerjalah aku dapat duit untuk penuhi impian lain", maka kita pun carilah kerja, asal dapat kerja, sampaikan bila orang kata "jangan memilih kerja". Maka, laluilah kita hari-hari yang penuh tekanan sebab buat kerja yang kita tak suka demi menunggu hari gaji. Menanti untuk duit berkepuk-kepuk dalam akaun. Sementara menunggu, maka, berulang-ulanglah rutin tu.......sampai bila? 

Dah kahwin, rutin yang sama berulang. Tiada masa untuk famili, dengan alasan "keluar pergi kerja cari duit". Rutin yang sama berulang-ulang sampai anak-anak pun terpaksa diserah pada pengasuh. (kena kerja cari duit, kalau tak, macam mana nak sara anak, bayar loan sebagainya)

Rutin yang sama pun berulang-ulang sampai anak-anak cuma ada masa dengan kita 2 jam sehari. (dalam hati, nak buat macam mana, kerja nak cari duit untuk sekolahkan anak-anak).

Rutin yang sama berulang-ulang sampai makanan di rumah pun beli je. (dalam hati, nak buat macam mana, tak sempat masak. penat)

Rutin yang sama berulang-ulang sampai balik rumah, tak terlayan pasangan masing-masing. Kurang komunikasi. Hambar hubungan. (dalam hati, balik kerja dah penat, mana larat nak layan)

Rutin yang sama berulang-ulang sampai banyaknya masa kita dedikasi untuk dunia demi Duit, tapi masa untuk Allah cuma sejam sehari. (dalam hati, nak buat macam mana, kerja 10 jam sehari, balik penat. mana larat nak bangun tahajjud)

Boleh nampak kan, betapa berhempas-pulasnya kita nak mendapatkan keselesaan atas dunia berbanding akhirat.

Woah! ni baru hal Duit. belum hal lain lagi.

Rutin yang hidup atas program manusia berbanding rutin yang align dengan jalan Allah, sangat berbeza sebenarnya. Kerja, belajar, masih boleh dilakukan tapi bukan dengan cara yang kita gunakan sekarang sebenarnya.

Rutin kebiasaan kita dipengaruhi oleh Duit sebagai life purpose kita. Duit mendominasi life purpose kita. Duit took over life purpose kita yang sebenar-benarnya. Hidup hanya mencari Duit. Tak penatkah kita?

Lama-lama, secara tak sedar, kita sebenarnya berTuhankan Duit. Astaghfirullah~

Orang kata, mana boleh duduk je berdoa, solat tapi tak keluar pergi kerja.
Orang kata, kalau tak kerja, macam mana nak makan minum bayar hutang semua?
Orang kata, kalau duduk berdoa je solat, macam tunggu makanan disuap ke mulut lah pula.

Itu semua siapa kata?

Tentulah Manusia.

Tapi terfikirkah,

Macam mana nak masuk Syurga kalau tak cari Allah?
Macam mana nak Tenang dan Bahagia kalau tak cari Allah?
Macam mana nak capai semua impian kalau tak cari Allah?
Macam mana nak selamat dari neraka kalau tak cari Allah?

Duit sendiri tak dapat nak jawab semua persoalan tu. Dah berapa tahun umur kita habis semata untuk kejar Duit? Sekarang tinggal sisa berapa tahun saja lagi untuk kita cari Allah? Andai saja esok kita mati, bagaimanakah kita? Atau mungkin sekejap lagi? Celik-celik mata je dah terima soalan "Ma rabbuka?" (siapa Tuhanmu?). 

Allah dah turunkan ayat ni untuk kita. Tapi selalu kita terlupa. Dan kalau kita ingat, kita masih tak yakin.

"Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan" - (Al-Ghafir : 60)


Nah. Masih tak cukupkah sebaris ayat Allah yang powerful tu untuk kita? Apa lagi yang nak kita pertikaikan? Apa lagi keEGOan ilmu dunia yang buat kita ragu-ragu dengan ayat Allah ni? 

Mungkin masih lagi ada yang kata, "Kita kena jugak usaha"

Renungkan sekejap, apakah yang kita faham tentang makna "Usaha" sebenar-benarnya?

 Photo credit : sisi-kehidupan.blogspot.com


Tanya khabar Hati masing-masing.
Tanya khabar Yakin pada Allah dalam diri masing-masing.

Jika Hati lurus, dan Yakin membulat telus pada Allah, sebenarnya tak perlu susah payah mengeluarkan 'usaha' yang kita SANGKA setimpal dengan hasil yang kita mahukan.

Oleh itu, jika kita rasa kehidupan kita ni sangat payah, rasa cemburu tengok kehidupan orang lain, rasa penat dan lelah, berakhir dengan sedih dan kecewa...memang salah kitalah atas segala kesusahan yang kita tempah selama ni. Sebab kehidupan kita sekarang adalah PILIHAN KITA. Bukan orang lain. Maka, kenapa perlu kita salahkan orang lain?

Memang orang lain boleh suruh itu ini. Tapi kita boleh PILIH bukan? Tak pernah tiada pilihan. Antara untuk dunia dan untuk Tuhan.

Hati yang berkomunikasi dengan Allah, Hati yang sentiasa berhubung dengan Allah, sentiasa ada pilihan dan ilham yang Allah hantarkan. Hati yang tak berhubung dengan Allah, akan berhubung dengan Nafsu akhirnya. Dan setiap pilihan yang kita buat, adalah tanggungjawab kita.

Tanya pada diri, kerapkah Hati kita berhubung dengan Allah?

Berapa lama kita spend masa dengan Allah berbanding dunia dalam sehari, seminggu, sebulan, setahun?

Berapa banyak amal ibadat kita untuk Allah dan untuk bertemu Allah nanti?

" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri" - (Ar-Rad : 11)


Kalau kita ada perasaan dan fikiran yang mengatakan bahawa ayat di atas berbicara tentang usaha yang kita keluarkan dan yang kita letakkan dalam kehidupan sedia ada selama ni, kita sebenarnya hidup dalam Ilusi yang menipu diri kita sendiri. Kita sebenarnya dah termasuk dalam lubang yang mengundang gelap dan derita dalam hari-hari yang kita lalui selama ni. Tak ada siapa yang tolak kita masuk ke dalam lubang tu. Tapi diri kita sendiri yang nak masuk ke dalam lubang tu.

Renungkan,
  • rutin harian yang kita jalani
  • usaha yang kita keluarkan sehingga hari ini
  • cara yang kita gunakan untuk menjalani kehidupan selama ni
  • nilai kehidupan yang diterapkan dari kecil sehingga hari ini
Apa tindakan dan reaksi kita bila kita sedar apa yang kita sangka benar diatas...adalah SALAH?

Moga video ni membantu kalian untuk memahami tafsiran sebenar ayat 11 surah Ar-Rad di atas.



Adakah kita dapat terima dan ambil langkah berubah ATAU kita tak mahu keluar dari comfort zone kerana ego yang sedia ada?

Comfort Zone (lumrah)pergi sekolah, masuk universiti, grad, cari kerja untuk cari duit, kahwin, cari kerja untuk cari duit lebih, cari lagi duit untuk rumah, kereta, cari duit, hari tua, mati. rela berusaha sampai penat tertekan, sakit pengsan, solat lambat....and the list goes on.

Ego : sukar nak menerima kebenaran bahawa Usaha yang sebenarnya adalah kembali pada Allah dengan beribadat kepada Allah. rasa tak logik bila mengetahui hakikat sebenar kehidupan adalah dengan usaha Spiritual 90% dan usaha Fizikal 10%.  Kerja yang aku lakukan ni lah yang akan menghasilkan kehidupan yang aku mahu....and the list goes on.


Fitrahnya,

Usaha yang sebenar adalah usaha mendekatkan diri pada Allah. Usaha mengenal Allah dan mencintai Allah. Usaha menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa.

Bila kita sayangkan seseorang, of course kita nak provide anything untuk dia kan? Tentu-tentulah kita nak provide yang THE BEST untuk dia kan?

Bila kita disayangi Allah, tentu-tentulah Allah akan provide apa yang terbaik untuk kita. Tentu-tentu pasti Allah akan berikan apa yang kita minta. (refer semula surah Al-Ghafir:  60 di atas).

Sedangkan dalam kita menjadi manusia penuh dosa ni pun, tak terkira banyaknya Allah dah dan sedang beri pada kita walau kita tak minta. Apatah lagi jika meminta. Apatah lagi jika kita bertaubat dan lebih taat. Subhanallah!

Simple formula. Kenal Allah, cinta Allah, taat Allah. Jadi hamba yang dicintai Allah, maka Allah akan perkenankan permintaan kita. insyaAllah!

Fikir lagi, siapa sebenarnya yang memberi hasil? Usaha kita atau Allah?

Buat kerja, boleh. Tapi adakah kerja itu kerana Allah? Cara, tanggungjawab, rutin, adakah memenuhi syariat sebaiknya di jalan Allah?

  • Nak duit boleh. Tapi adakah pengakhirannya penggunaan duit itu kembali pada Allah?
  • Nak travel boleh. Tapi adakah travel itu bermanfaat di jalan Allah?
  • Nak beli baju boleh. Tapi adakah baju kita memenuhi syariat Allah?
  • Nak duduk rumah besar, beli kereta mewah boleh. Tapi, adakah manfaatnya wujud untuk jalan Allah?
  • Nak kahwin boleh. Tapi adakah kahwin itu kehidupannya akan menemui Allah?
  • Nak belajar tinggi-tinggi bagus bagus boleh. Tapi, adakah ilmu itu kita akan guna di jalan Allah? Atau sekadar nak kerja bagus, keterpaksaan memenuhi impian orang lain, nak compete dengan orang lain, nak duit untuk kehidupan mewah, rumah besar, kereta mewah SEMATA-MATA?

Adakah itu yang dikatakan kehidupan yang membahagiakan dan tenang?


Tanya lagi pada diri, tenangkah sekarang?


Bahagia?

Bolehkah berdamai dengan ujian yang mendatang? dengan kepayahan yang akan bertandang? Pastikah kita tiada lagi menyalahkan orang? Apatah lagi menyalahkan Allah?

Last but not least,

Nak apa pun boleh. Tapi pastikan segalanya permintaan itu berakhir dengan menemui Allah dan mendapat keredhaan Allah. Kerana itulah bahagia yang sebenar-benarnya.

Kerana dunia ini sendiri akan hancur. Usaha untuk dunia, boleh dapat. tapi nikmatnya cuma temporary. maka kita akan keep on mahu dan mahu dan mahu dan mahu lagi.

Semoga persoalan-persoalan diatas berakhir dengan jawapan yang membawa kita kembali kepada Fitrah. Kepada Allah.

Juga, semoga persoalan-persoalan tersebut akan membawa kepada persoalan yang Satu.

Apa life purpose kita yang seBENAR-BENARnya?

Photo credit : relakssminda.blogspot.com

yang baik dari Allah, yang jelik dan kurang itu dari diri aku sendiri.

::Betulkan yang biasa, biasakan yang betul::

Wallahu a'lam.

Wassalam.

p/s: refleksi diri : Living Into Greatness